Wednesday 23 July 2014

Persiapan raya

Lagi 3 hari Ramadhan yg mulia akan meninggalkan kita.  Muncul pulak Syawal.  Leganya?  Tapi sayang pulak Ramadhan dah berakhir.  Hmmm....

Time macam ni la ibu2 (dan bapak2 jugak ke?) sibuk membuat persiapan terakhir.  Semua risaukan anak2nya cukup ke baju raya (berapa pasang yg cukup?), kuih raya yg memula bersemangat nak buat, tapi bila dah berpuasa - rasa tak larat pulak.  Jadik, nak yg 'tunjuk' je la.  Cukup ke bekas kuih raya aritu?  Kena beli baru ke?  Langsir tak tukar lagi.  Kusyen tu siapa pulak nak tolong bukak dan pasangkan yg baru.  Alas meja yg baru beli aritu letak kat mana ye?  Bila nak basuh baju baru budak2 aritu?  Err, bila nak seterika ni?  Tahun ni buat ketupat original ke buat nasi impit je?  (Reti ke nak buat sarung ketupat?) Dan lagi...dan lagi..

Tapi yg paling menarik bila pergi beli barang2 last minit.  Nampak la situasi org membeli bantal?  Ha?  Bantal?  Kena beli bantal raya jugak ke?  Selalunya inilah yg aku nampak bila temankan mak pegi KJ.  Hampir setiap tahun akan nampak makcik2 ni angkut bantal.  Dan seperti biasa aku akan cakap kat mak "yelah, dia nak nyambut menantu dan cucu2 kesayangan dia.  Mestilah beli bantal baru.  Lagi2 yg dapat menantu yg 'class'.  Kadang2 musim raya pun booking hotel dengan alasan anak ramai, tak nak tidur umah mertuanya.  Berbungkus lah bantal baru tu.  Anak2 lain tengok je dari kejauhan bantal yg baru tu tak disentuh pun. 

Ada la hati2 yg terasa...

Adakalanya di waktu2 beginilah ramai yg menjadi lebih sensitif.  Banyak yg terkenang, baik yg dekat mahupun yg jauh di mata.  Hati2 lah bila berkata2.  Adakalanya diam lebih baik.

Salam Aidilfitri.  Raikan seadanya.  Mudah2 sambutannya lebih baik dari yg sebelumnya, penuh kesyukuran.  Masih berpeluang meraikannya di samping yg tersayang.

Salam Maaf Zahir dan Batin.

Friday 18 July 2014

Si Penghutang yg cool



Duit gaji masuk 30hb, 3 hari kemudian tinggallah beberapa ringgit je lagi dalam bank.  Mana taknya, dapat je duit nak bayar ini, nak bayar itu, nak hulur sini, nak hulur situ... Tapi, duit ni kalau banyak mana pun, macam tak pernah cukup je.  Iye tak.  Kadang2 malas nak kira.  Kalau buat budget asyik defisit aje.  Sedih.  Jalan penyelesaian? Carilah sumber pendapatan yg lain.  Makan gaji ni memang begitu.  Berniagalah seperti Rasululllah SAW.  Kecil-kecilan pun cukup.  Ada rezeki, bertambahlah di masa akan datang.  Jangan lupa diiringi doa. "Ya Allah, berkatilah rezeki kami.  Cukupkanlah apa yg kurang.  Golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yg bersyukur"  

Boleh ke berhutang untuk menampung mana yg kurang.  Boleh, tapi jgn lupa hutang pun ada adabnya.  Bila dah berhutang kenalah dicatitkan jumlah, masa pembayaran balik dan sebagainya sebagai peringatan (yg berhutang dan juga pemberi hutang).  Seeloknya dilakukan dengan kehadiran seorang saksi yg adil. Ini sebagai peringatan dan bagi mengelakkan sebarang pertikaian mahupun penganiayaan di kemudian hari tentang butiran hutang tersebut.  Tapi, kita sekarang ni janji pakai mulut je.  Pastu jadi bergaduh.  Siapa yg nak dipersalahkan?


Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
 
Kekadang terlintas di fikiran ni, kenapa org yg berhutang ni selalu nampak ‘cool’ je.  Terlupa ke dia yg dia tu masih menanggung hutang.  Nampak ok je.  Senang je hati dia.  Eh, boleh seronok2 pulak nampak ber’shopping’, ber’cuti2’ Malaysia segala? 

Ada satu riwayat tentang anak Omar bin Khattab yg pulang dari sekolah sambil menangis.  Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: “Teman2 di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku.  Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal2 seperti ini.”

Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya.  Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang 4 dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.  

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yg berbunyai: “Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?  Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?  Apa yg akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?”

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya: “Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi.”

Tapi kita ni, macam ‘confident’ je akan hidup sampai tua (itu pun ada yg tak sedar diri tu dah tua, :P ).  Macam ‘confirm’ je kita akan sihat dan kuat.  Menangguh segala sesuatu tugas, macam kita ni akan ‘free’ dan tak sibuk esok lusa.  Macamlah harta kekayaan kita itu kekal selamanya.  Menangguh2 pembayaran hutang pun berdosa.  Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 lagi perkara.  Bila yg berhutang tu meninggal dunia, haaa....lagi la haru.  Tahukah si waris akan hutang piutangnya (kecil mahupun besar).

Yg meminjam barang pun sama la jugak perkiraannya.  Masa meminjam tu, bukan main lagi janji manisnya, "dah settle je nanti aku pulang balik ye..."  amboi, lepas tu ...eh, eh, macam harta dia pulak.  Takkan lupa kot?  Adoiiii.....yg tuan punya pulak yg segan nak mintak balik.
 
Oklah...tak teringat.  Iyelah, biasalah….kita ni sekadar manusia…yg selalu lupa.  Sebab itu, bila teringat tu, segerakan. Jangan ditangguh2.

Surah Al Asr, Ayat 1-3 “Demi masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  Kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh dan berpesan2 kpd kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran.”

Wednesday 16 July 2014

Si Aji Bakhil

Selalu kita dengar label/rungutan  tentang org2 yg dikategorikan macam ni kan?  Memang betul.  Ramai orang macam ni.  Dengan orang lain bukan main pemurah lagi.  Macam si haji bakhil.  Alasannya? Macam2 yg diberikan.  “Dapat pahala tolong orang ni…”  Abis, tolong saudara sendiri atau keluarga terdekat ni takde pahala ke?  Ada yg boleh menjawab "Bukan dapat pahala, tapi dapat bala".  Hemmmm, yelah, susah nak dikomen kalau tak tahu hujung pangkal cerita & pengalaman org yg dah lalui peristiwa pahit hingga jadi serik nak menolong saudara sendiri ni.  Jadi, saya pun tak mau komen lebih.

Mari kita tengok ‘ranking’ 4 jenis pahala:
1.       Sedekah yg mendapat 10 pahala ialah pemberian makan pada fakir miskin.
2.      Sedekah yg mendapatkan pahala sampai 70 adalah sedekah yg diberikan kpd keluarga terdekat.
3.       Sedekah yg mendapat pahala 700 ialah sedekah yg diberikan kpd kawan2 dan sahabat.
4.      Sedekah yg sampai mendapat pahala 7,000 ialah sedekah yg diberikan kepada org yg mencari ilmu.

Rasulullah SAW bersabda:  “Barangsiapa yg mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yg mempunyai ilmu maka bersedekahlah dgn ilmunya, dan barangsiapa yg mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya.” 




Pelbagai cara untuk bersedekah, bukan dgn wang ringgit semata2.  Pun begitu, jgn disamakan sedekah dengan tanggungjawab yg wajib.  Yg wajib itu perlu dilunaskan terlebih dahulu.  Umpama pahala puasa yg wajib di bulan ramadhan pun akan tergantung jika solat 5 waktu itu pun masih terkandas. Begitu jugalah dengan tanggungjawab kerja di pejabat misalnya mahupun tanggungjawab nafkah atas tanggungan kita (anak isteri, ibu & bapa yg memerlukan, anak saudara kita yg diabaikan bapanya, kucing yg dipelihara di rumah…. Lihatlah sekeliling, siapa lagi jatuh bawah tanggungan kita)  Jangan sampai yg wajib itu terabai, tapi bukan main ligat bersedekah di luar.