Wednesday 14 January 2015

Penyebab dan ketentuan

Adakalanya kita dilanda rasa tidak menentu.  Semalam ok, kelmarin happy, hari ini lain macam?  Biasalah...itulah namanya kehidupan dunia.  Langit tak sentiasa cerah.  Kalau hari2 sama pun tak best jugak kan.

Pagi ni selepas hantar budak2 ke sekolah. Awal hari ini...hehehe...pun Aqil dok komplen, "Pagi ni pun jem?  Ingat dah awal dah ni" "Biasa lah, ini lah rutin harian. Yang nak ke sekolah, yang nak pergi kerja...."

Dalam perjalanan nak hantar Amirah dan Aliah, terlihat dari kejauhan seekor kucing sedang berlari2 tak tentu arah di tengah2 jalan.  Rasanya kaki dah kena langgar sikit.  Kereta banyak.  Dalam hati aku, "Ya Allah, selamatkan lah dia" Aku cuba perlahankan kenderaan.  Tapi, grupppp...gedegung... terasa tayar kereta aku terlanggarkannya.  "Astaghfirullahalazim"

Itulah membuatkan emosi aku terganggu sedikit pagi ni.

Kita merancang, tapi Allah yang tentukan.  Hinggakan waktu pulang pun terngiang2 lagi rasa itu.  Dan teringat tugas malaikat yg mencabut nyawa segala makhluk di dunia ini.  Akulah asbabnya.  Cuma bukan nyawaku.

Mati itu pasti.  Tidak dipercepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat.

Thursday 8 January 2015

"Akak ikut awak ye..."

Semalam bertugas di PH sepanjang hari.  Terpaksa curi masa nak pump dan sembahyang. Terkejar2 la jugak.  Sampai surau, macam biasa permandangannya.. ada yg berbaring, ada yg berborak.  Aku terus capai telekung, amik wuduk dan nak terus sembahyang.

"Akak ikut awak ye."  Tegur kakak yg juga nampak bersiap nak pakai telekung.  "Eh, akak la" "Takpe," katanya dan terus iqamah.  Dan kami pun berjemaah.

Lepas kami berdoa, aku salam kakak tu.  Dia pandang dan tenung aku.  Tak tau aku apa erti pandangannya itu.  Tapi aku terus bingkas bangun, lipat telekung, pakai tudung.  Apabila nampak dia menghampiriku sekali lagi, aku sekadar menegurnya dan katakan aku tengah bertugas dan perlu pergi cepat.

Dalam hatiku terlintas rasa sayu.  Memang dah lama sangat tak berjemaah.  Teringat masa sekolah dulu.  Boleh kira berapa kali yg tak berjemaah sebenarnya.  Iyelah, mana tak sayu hati.  Sekarang dengan kesibukan dunia ni, dengan tak khusyuknya pikir itu ini...dengan berjemaah mudah2an taklah jadik negatif pahala sebab berjemaah 27 kali lebih baik dari solo. Hemmmm....Wallahua'lam.