Wednesday 24 September 2014

Tips kemas beg nak travel (tak semestinya oversea, balik kampung pun boleh)

Azam hari ni ialah untuk siapkan marking.  Tapi semalam tido tak sampai 5 jam.  Marking pulak kena baca essay bebudak ni.  Aduhhhhh....  Kejap kang tengok email.  Kejap lagi tengok jawapan budak ni...err...boleh bagi markah ke ni?  Pastu kerling pulak kat marking scheme.  Err... tak boleh bagi markah penuh ni.  Tapi boleh la bagi sikit sebab masih ada possible reason yg diberikan, cuma tidak termaktub dalam marking scheme.  Ok....Dah 60 minit duduk mengadap rupanya (terasa macam 6 jam :P)

Jejalan kejap.

Pastu teringat masa yg semakin suntuk.  Huh, keje opis belom siap.  Keje2 domestik pun tak terkejar sbb balik dah flat giler.  Dalam pada tu nak jugak buat hobi menjahit yg menghilangkan stress tu.  Dan pada masa yg sama teringat barang2 nak balik kampung pun blom packing.  Terbayang2 banyaknya barang yg nak dibawa, ada kat bilik belakang, ada yg kena kumbah dalam stor kecil, ada yg kena buat (nak buat 2 bantal baru nak tido + cadar katil king kat umah mak tu), ada yg blom susun.  Aduh....macam orang tamak semua benda nak...tapi bukan dapat senang...semua tu kena buat sendiri.  Sendiri.

Ok...berenti, Makan kurma 2 biji.  Sambung marking balik.  Selepas 10 minit rehatkan minda.

54 minit kemudian... teringat nak kena pergi sekolah Aqil pulak.  Hmmm...

Ok.  Setel.

Ni terjumpa masa layan facebook.  Camana nak mengoptimakan beg nak bawak balik kampung.









Selamat mempraktiskan tips ni.







Saturday 20 September 2014

Projek baru PENCIL CASE

Sumber inspirasi projek kali ni?  Pencil case Aqil yg mummy belikan dah rosak satu poketnya.  Abis, setiap kali carik gantinya, tader yg macam yg mummy belikan tu (souvenir dari Ausie).  Yg besar mcm tu, yg ada byk poket pun tader.  Dahlah mahal.  Macam tak logik je harganya (dah la kecik je, tak sebesar yg Aqil punya) Abih, kalau agak2 besar macam yg Aqil punya tuh, ntah berapa ringgit la. Dah puas carik, memang tak jumpa ok.  Yg saiz normal dijual (& mahal tu) tader poket pulak tu....


Maka hari ni, sambil berfikir2, sambil buat itu dan ini... akhirnya berjayalah.  Dapatlah menghasilkan pencil case ni.  Tapi, errr.... dgn gambar love semua ni...macam untuk gegirl je pulak kan.  Ok, nanti kita cari fabrik baru khas untuk Aqil. 

Besar 30cm x 18cm/12" x 7"


Berminat ke?  Boleh dapatkan maklumat lebih lanjut tentang corak lain yg ada, harga pengenalan, kapasiti, dan yg paling penting: macam mana nak ORDER di sini



Wednesday 17 September 2014

Ibu jadi anak2 semula

Semalam kena jaga periksa.  Macam2 gelagat dalam dewan periksa tu.  Tapi yg mula2 sekali, nampak ayam jantan sekor (budak lelaki rambut pendek kecuali bahagian atas yg panjang diikat macam pokok kelapa yg selalu kita buat kat bebudak perempuan - dan bahagian itu sahaja yg berwarna merah). Pelik citarasa fesyen diorang ni.  Sambil jalan-jalan, nampak pulak sorang budak perempuan dengan tabiat biasa kita lihat - gigit kuku.  Tapi yg menambah keenakkan kuku yg ditelan kali ni, kuku dia semuanya ada 'kwiteks'/cat kuku tu, warna warni pulak tu.

Sejam lepas periksa bermula, barulah bebudak ni boleh pergi tandas.  Fuhhhh....tak sempat lagi pukul 10am, dah ada yg buat muka sedih + terdesak sangat la nak pi tandas.  Pastu, mula lah bersusun sampai kena beratur 4 ke 5 orang nak ke tandas.  Yang pelik bin ajaib tu, budak lelaki yg ramai sangat.  Setahu aku, budak lelaki ni yg selalunya tunjuk macho boleh tahan tak ke tandas berjam2 lamanya, tak macam perempuan.  Orang yg mengandung pun tak sampai loghat macam diorang ni haaa... Ada sorang tu, dalam masa 1 jam setengah, 2 kali beratur nak gi tandas lagi.  Cehhhh... (ko bukan tak tau jebat, yg masuk ni dah 7 kali aku nak terkucil jebat....hahahaha - dialog si sudin dlm seniman bujang lapok)

Oklah, itu intro jek.  Pos kali ni sebenarnya nak citer pasal keperluan dan kemestian mak bapak mengikut perkembangan anak2 yg membesar.  Itu motif asal pos ni.  Nak citer macam mana Aqil asyik dok tanya soalan2 tentang apa yg dipelajarinya di sekolah.  Makna2 perkataan2 ni tak payah cerita la, baik bahasa melayu, mahupun bahasa inggeris....dah puas jadi kamus bergerak budak tu dah. Adakalanya menyerah kalah jugak, sebab susah nak diberikan perkataan yg sama erti tapi masih dalam jangkauan pemahaman seorang budak kecil seusianya.  Kekadang berakhir dengan lebih banyak perkataan baru yg membuatkan dia lebih musykil.  Hahahaha...bukan semua orang boleh jadi cikgu yg berjaya ye.  Jadi, hargailah cikgu/pendidik anak2 kita ni - mereka memang berbakat dan berkebolehan menyampaikan ilmu kepada si cilik dengan teknik yg lebih mudah dan sesuai dengan peringkat umur anak2 ini.  Jangan la berlagak sebab kononnya sebagai ibu bapa, kita ni lebih berpangkat tinggi alkisahnya, berpendidikan lebih tinggi arakiannya,...dan BERUANG lebih gamaknya, maka hidung pun lebih tinggi terjungkit2.  Bila disuruh mendidik si cilik, ibu bapa yg terlebih hebat ni adakalanya boleh dapat darah tinggi sebab tiada kemahiran/skill yg diperlukan untuk pendidikan awal kanak2.

Soalan Aqil yg terbaru "Ibu, malaikat Malik tugas buat apa?"  Errrr.....termenung sejenak ibunya.  Jap, jap, Malik...Mikhael... yg mana satu turunkan hujan ye.  Argggh....ilmu tauhid ibu pun dah makin berkarat.  Dah lama tersimpan tak berusik.  Hmmmm.... dalam dewan periksa tu lah aku menggoogle lagi.  Macam kes kerja rumah Aqil BM pasal kata nama am dengan kata nama khusus aritu.  Kata nama khusus senang la... yg kena guna huruf besar tu.  Kata nama am, nak terangkan macam mana?  Abah la yg kena bertugas.  Dah dia yg dok main game depan laptop dia tuh, suruh dia google.  Alhamdulillah, ada jugak manfaatnya internet ni.

OK.  Meh sharing:  10 nama malaikat yg wajib diimani.
1.  Jibrail: menurunkan wahyu kepada rasul
2.  Mikhail: menurunkan hujan dan rezeki kepada makhluk yg hidup
3.  Malik: menjaga pintu neraka
4.  Ridhwan:  menjaga pintu syurga
5.  Mungkar:  menyoal mereka yg sudah meninggal di dalam kubur.
6.  Nakir:  menyoal mereka yg sudah meninggal di dalam kubur.
7.  Raqib:  mencatat amalan baik di bahu kanan
8.  Atid:  mencatat amalan jahat di bahu kiri
9.  'Izrail:  mencabut nyawa
10.  Israfil: meniup sangkakala di hari kiamat.

Sumber untuk rujukan lain tentang ilmu tauhid, ilmu muamalat, jinayat, ilmu munakahat, etc . www.al-azim.com



Monday 15 September 2014

Cuti sekolah datang lagi

Cepat betul masa berlalu.  Dah hampir hujung tahun.  Dengan kes kertas periksa BI & Sains UPSR yg bocor la.  Bebannya rasa jadi pelajar sekarang.  Terlalu exam oriented, hinggakan ada yg sanggup membayar untuk mendapatkan competitive advantage kononnya berbanding calon periksa yg lain. Takkan pulak budak2 12 tahun tu ada kuasa membeli kan?  Secara logiknya yg mereka yg dewasa dan 'matang' lah menjadi dalang sehingga ada kes kebocoran ini semua.  Tiada permintaan, manakan datang penawaran... Yg menjadi mangsa yg paling ketara?  Budak2 12 tahun seantero negara. Adusss...

Bila cuti2 sekolah macam ni, mulalah dialog rutin Adam.  Esok cuti kan?  Hari ni cuti kan? Kita cuti panjang kan?  Boleh tak kita balik kampung?  Yg cuti budak2 sekolah dan cikgu2 sekolah.  Ibu tak cuti ok?  Muncung la bibir Adam.

Boleh tak main game kat laptop?  Tak boleh.
Kenapa tak boleh?  Sebab ibu kerja.
Tapi masa cuti kan selalu ibu kata boleh main?  Itu hujung minggu je.
Alaaaaa.....

Hmmm.... kena belajar katakan tidak sekali sekala.  Supaya mereka hargai apa yg mereka dapat. Tarik keistimewaan yg diberikan jika mereka tidak memenuhi kriteria tertentu, melanggar peraturan (biasanya bila dah start bergaduh tu...masa yg terbaik la untuk tarik balik keistimewaan yg diberikan) dan tidak mengikut syarat2 yg ditetapkan.

Nanti kita buat program2 cuti2 sekolah di rumah aje la ye.  Balik awal sikit dari biasa supaya lebih banyak masa bermain di rumah sebelum waktu tidur.  Waktu tidur tetap sama ye.  9:00pm.  Hehehe... Ibu yg dah abis energy level sebenarnya.  Jadi, semorang kena tidur la, apa lagi.  Abis, besok nak kena bangun pagi jugak, walaupun tak ke sekolah kan?

Mudah2an semua sihat2 belaka di musim cuti ni agar mereka seronok dan taklah monyok je.

Thursday 11 September 2014

Alternatif terbaik susu lembu

Tengah buat kerja2 yg memerlukan konsentrasi ni, waktu tu la terasa mengantuk.  Geleng2 kepala. Jalan2 kejap. Duduk balik.  Cuba fokus.  Fuhhh....tak berjaya juga.  Ok, Mari mencoret kat blog la kejap.  Nak citer pasal resolusi terbaruku.  Minum susu kambing.  Puas cuba telan susu pelbagai jenis, yg perisa original, yg perisa oren la...apa la...errr... akhirnya terbengkalai juga.

Bagi orang macamku yg masa sangat la terhad, setelah menggunakan khidmat encik google.  Maka terjumpa susu kambing yg kononnya tak hamis, dan yg sangat menarik hati ialah susu ni ada ekstrak makanan sunnah yg sama macam dalam produk Qaseh.  Ahaa..... keluarlah mentol kat kepala ni.

Cuba la sekotak.  Huh...not bad!  Memang sodap.  Sonang je diminum takyah tahan2 nafas segala. Dan ada pulak budak kecik yg kalau nampak je gelas ni (memang minum pakai gelas ni, senang sukat 180ml), mulalah tersenyum2 mintak disuap.  Sekarang layan beli borong je.  (Jimat la sikit kan)

Ni lah produknya.  Baru 8 bulan di pasaran.  Tapi alhamdulillah mendapat sambutan hangat.  Aku pas kat member suruh cuba.  Benda baik, apa salah dikongsikan kan.  Memang diorang terpikat, terutamanya yg sekapal dengan aku (tak boleh nak telan susu lembu).
Banyak dah testimoni yg boleh dikongsi untuk mereka yg mengamalkan NGM8 ni.  Tapi bagi aku, biarlah 2 ni dulu (tunggu yg lain di pos yg akan datang).
1.  Kaki tak kejang lagi waktu lewat pagi (doktor kata tak cukup kalsium).
2.  Pi toilet setiap hari dan urusan bisnes memang mudah.  Dengan erti kata lain, susu ni mudah hadam dan membantu urusan2 dalaman usus besar.

Isk2...kecik sangat pulak info tentang ekstrak makanan sunnah ni.  Bila besarkan gambar, tak jelas pulak tulisannya.  Ok, kat bawah ni la manfaat2 nya ye:
1. Kismis:  Menganduingi zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1, B3, dan B6.  Sangat bagus untuk pelajar.  Melindungi hati, memulihkan keletihan saraf.

2. Kurma:  Pantas diproses dan diserap oleh badan.  Memberikan tenaga segera kepada badan.  Baik untuk wanita mengandung dan bersalin.  Mengandungi potassium dan zat besi.  Juga boleh digunakan sebagai penguat memori.

3. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, ubat segala ubat.  Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas.  Membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.

4. Saffron/Za'faran: Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda (sesuai untuk pelajar), melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan keletihan, menambahkan selera makan kanak-kanak.

5. Habbatussauda: Menguatkan sistem imunisasi badan.  Menurunkan kadar gula dalam darah.  Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah.  Mencegah kanser.

6.  Buah Zaitun:  Rawatan kulit dan rambut.  Melambatkan penuaan, merawat radang perut.  Mencegah kanser dan serangan jantung.  Mengandungi Vitamin E.  Merendahkan kolesterol jahat.

7. Buah Delima: Anti-oksidan, melindungi jantung, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik.  Memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus untuk wanita mengandung untuk memperoleh anak yg cerdas.

8. Buah Tin:  Mengandungi Kalium, Kalsium, Omega 3 dan Omega 6, meningkatkan memori otak, mencegah anemia, mengurangkan riskio kanswer payudara.


Nanti kita bercerita lagi...

Saturday 6 September 2014

Resepi Puding Karamel aka General Terbalik

Kali ni nak share resepi puding karamel yg selalu dijumpai di bazar ramadhan dgn harga sepotong dari RM1.50 ke atas.  Setakat ni tader yg nampak menyelerakan.  Tiada yg seperti resepi mak.  Tapi mak panggil puding ni 'general terbalik'... kenapa general tak tau la....tapi part yg terbalik tu sebab bila dah siap puding tu diterbalikkan.  Itu yg nampak coklat kat atas tu.  Yg coklat tu sebenarnya gula hangus.

Alkisah Ramadhan kali ni, cuma sempat buat sekali je.  Hehehehe....  Meh tengok resepi mudahnya.

Bahan2:
Bahan A
3 biji telur
1 cawan susu segar/susu isian
1 cawan gula pasir (untuk yg suka yg kurang manis, 3/4 cawan gula pun dah ok)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter

Bahan B
1/2 cawan gula pasir untuk dijadikan gula hangus.

Cara membuatnya:
Campur semua bahan kecuali butter.  Pukul sehingga sebati, pastikan gula dah larut.  Tak perlu lama sangat.  Lagipun kita tak nak bancuhan tu berbuih, nanti berlubang2 puding...aiyya tak best la.  Ini bukan kek sarang semut.  Tapi, kalau berbuih jugak, guna  tapis ye.  Masukkan dalam bekas yg boleh dikukus yg dah diletakkan gula hangus.

Cara buat gula hangus senang sahaja.  Panaskan gula sampai cair dan bertukar perang pekat. Jgn lama sangat kalau tak bukan jadi gula hangus tapi gula hangit.  Sementara masih panas tu, sapukan bekas yg nak diletakkan bancuhan A tadi dengan butter (agar mudah keluar bila diterbalikkan) dan letakkan gula hangus yg masih panas tadi.

Berbalik kepada bancuhan A tadi, sekarang bolehlah dipindahkan ke dalam bekas yg dah ada gula hangus tadi.  Akhir sekali letakkan sesudu butter di tengah2 bancuhan itu dan kukuskan selama 30 minit.  Seelokknya api sederhana sahaja agar cantik bila siap.

Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais.  Bila nak makan barulah diterbalikkan dalam pinggan leper agar mudah dipotong.

Tips nak basuh bekas yg ada gula hangus tadi:  Guna air panas, nanti gula yg keras kat bekas tu akan cair dan mudah dibersihkan.

Selamat mencuba.

Wednesday 3 September 2014

Resepi Kek Batik

Sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan majlis sambutan hari raya, perbincangan ibu bapa taska, yg musim convocation la.... bla bla bla.  Jadi, bila melibatkan jamuan, cuba juga la untuk menyumbangkan sedikit sebanyak untuk menghargai jemputan dan penat lelah hos majlis.  Jemputan pertama buat makaroni goreng je.  Jemputan kedua, tempat yg sama terlintas nak buat kek batik yg dah bertahun lamanya tak buat.

Itu pun mak yg suruh buat masa raya Aidilfitri yg lepas ni.  Ni dah masuk musim orang nak pergi haji pulak. Teringatlah nostalgia lama.

Kejap lagi nak pergi workshop yg diaturkan untuk budak2 ni.  Nak menumpang 'semangkuk' lepak dengar dan menimba ilmu.  Zaman dedulu mana ada diorang ajar guna software untuk buat kerja2 audit ni semua.  Ada peluang, baiklah kita aturkan untuk pelajar2 ni supaya mereka lebih bersedia untuk pasaran kerja akan datang...insyallah.

Bahan2 untuk kek batik:
1 cawan milo
1 cawan koko (van houten memang best)
1 cawan gula
1 cawan air
1 ketul butter (250gm saiz biasa tu - kalau tak silap ye)
1 biji telur
1 kati biskut marie (hahaha....memang terbuktilah ini resepi zaman tok kaduk, ok nak dipermudahkan satu bungkus biskut marie paket komersil tu, kalau tak silap lebih kurang 275gm.  Biskut ni dipatah2kan dua)

Mudah je cara membuatnya.  Campurkan semua bahan dalam periuk yg agak2 besar sebab nak masukkan juga biskut di akhirnya.  Kacau atas api sederhana sehingga bancuhan tadi menjadi pekat.  Tips nak tau waktu yg sesuai untuk dimasukkan biskut marie ialah bila bancuhan tadi dah mula mengeluarkan minyak. Jadi gaulkan sebati biskut marie agar semuanya bersalut coklat dan padamkan api.  Cepat2 masukkan dalam bekas yg sesuai untuk ditekan2 agar mampat dan tersusun cantik biskut2 bila dipotong nanti.  Semua ni mesti dilakukan semasa masih panas.

Gunalah plastik + kain untuk menekan2 acuan tu ye.  Tunggu betul2 sejuk baru boleh dipotong.

Senang je.  Dalam 20 minit dah siap.  Cuba lah.