Tuesday 18 February 2014

Membacakan azan di telinga kanan bayi & iqamah di telinga kirinya

Imam Al-Baihaqi dalam kitab as-Syu'ah meriwayatkan hadis daripada Hasan bin Ali daripada Nabi S.A.W. yg bersabda:
"Barangsiapa yg dikurniakan kelahiran seorang anak kemudian dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan mengumandangkan iqamah di telinga kirinya, maka anak itu terselamat daripada gangguan syaitan."

Rahsia & hikmahnya:
1. Azan merupakan bahagian dari syiar2 Islam.
2. Pemberitahuan tentang agama nabi Muhammad SAW.
3. Mengkhususkan azan pada telinga bayi yg dilahirkan.
4. Di antara manfaat azan ialah membuat syaitan lari.  Syaitan berusaha menyakiti bayi sejak awal kelahirannya.  bahkan di dalam hadis disebutkan bahawa dia mungkin mati kerananya.
    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah anak Adam dilahirkan melainkan syaitan akan menusuk lambungnya ketika dia dilahirkan sehingga dia menangis dengan keras akibat gangguan tersebut, kecuali Maryam dan anak lelakinya."
    Selanjutnya Abu Hurairah r.a. berkata:"Jika kamu mahu, bacalah ayat 36 Ali Imran, yg bermaksud "Aku mohon perlindungan untuknya serta anak2 keturunannya kepadaMu daripada syaitan yg terkutuk."
5. Ibnu Qayyum: Supaya suara yg pertama didengar oleh bayi ialah kalimat2 kebesaran dan keagungan Allah SWT.  Ucapan tersebut pula merupakan syahadat pertama yg memasukkannya ke dalam Islam.  Ia sama seperti talqin baginya berkenaan syiar Islam ketika pertama kali memasuki alam dunia, sebagaimana dia ditalqin dengan tauhid ketika hendak keluar dari alam dunia ini.

Anak yg dilahirkan itu, samada lelaki atau perempuan, adalah sama sahaja.  Dia merupakan anugerah dan pemberian dari Allah SWT dan nikmatNya kepada hamba2Nya.

Thabrani meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika lahir seorang anak perempuan, maka Allah SWT mengutus seorang malaikat kepadanya untuk membawakan berkat kepadanya kemudian berkata: "Seorang anak perempuan yg lemah telah keluar dari seorang ibu yg lemah pula.  Org yg mahu melindunginya akan mendapatkan pertolongan hingga hari kiamat."

Jika lahir seorang anak lelaki, maka Allah SWT juga mengutus seorang malaikat dari langit.  Dia kemudian mengecup di antara kedua matanya dan berkata: "Allah SWT menitipkan salam untukmu."

Sumber: Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah oleh Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid

Thursday 13 February 2014

Kesedihan Rasulullah SAW atas kepergian putera2nya

Terkesan dengan berita kepergian seorang bayi yg baru berusia seminggu hari ini  Sudah tertulis sebentar sahaja dia menjengah dunia.  Pasti si ibu sarat dengan kesedihan yg tak tertanggung.  Terdetik untuk berkongsi cerita kesedihan Rasulullah SAW semasa kepergian kesemua putera2nya.

Semua putera baginda beribukan Khadijah, kecuali Ibrahim.  Putera pertama ialah Qasim.  Saat Qasim baru saja belajar bertatih, Allah telah memanggilnya pulang.  Tragedi ini meninggalkan luka mendalam di hati baginda dan Khadijah.  Luka ini berulang lagi pada adik Qasim, iaitu Abdullah.  Hal ini benar2 membuat suasana dalam rumah tangga itu diselubungi kesedihan.  Suasana berkabung seolah2 tiada berpenghujung.  Sehinggalah baginda diturunkan wahyu mengangkat baginda sebagai Rasulullah dan memberikan kesibukan kepadanya dengan tugas2 kerasulan.

Putera ke3 baginda, Ibrahim lahir hasil perkahwinan baginda dengan Mariyah al Qibthiyah.  Walaupun selepas setahun setengah dan tampak sihat dan kuat usia Ibrahim, dia jua dijemput Allah.  Kesedihan terpahat di raut wajah baginda.  Air mata tumpah di pipi.  Begitu sedihnya baginda sehingga sahabat2 baginda turut hairan.  "Bahkan tuan juga, Rasulullah?"  Rasulullah SAW menjawab, "Mata boleh berlinang, tetapi hati tetap khusyuk.  Memang kami bersedih atas dirimu, Ibrahim, tetapi kami tidak mengucapkan kata2 selain yg diredai Allah."

Mariyah meratap menangisi anaknya.  "Jangan meratap,"  cegah Rasulullah.  Menoleh pada si kecil yg terbujur kaku tertutup kain, ia bersabda, "Jika saja kematian bukan suatu kepastian dan janji yg pasti diterpati bahawa setiap kita yg hidup akan menyusul mereka yg telah mendahului kita, nescaya duka kami akan jauh lebih dahsyat daripada ini, Ibrahim."

Abdurahman ibnu Auf khuatir duka akan terus mencengkam di hati baginda.  Dia berusaha menghiburkan Rasulullah SAW dan baginda tahu akan niatnya itu.  "Bukan rasa berkabung yg kularang tetapi menangis dan meraung-raung".

Akhirnya, Rasulullah SAW merelakan si buah hati ke liang kubur dengan hati yg hancur. Baginda kelihatan sedih dan sangat terasa.  Diratakannya tanah di atas kubur, lalu dipercikkannya air, dan diberikannya tanda.  "Tanda memang tidak mendatangkan manfaat atau mudarat, tetapi cukup menghiburkan orang yg masih hidup.  Jika seorang hamba melakukan seuatu amalan, Allah senang kalau ia menyempurnakannya."

Adakalanya apa yg dikehendaki Allah ternyata bertentangan dengan apa yg kita impikan.  Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.

sumber: Bilik2 Cinta Muhammad oleh Dr Nizar Abazhan.
p/s: akan saya kongsikan di coretan akan datang kupasan kehidupan harian Baginda SAW.

Wednesday 12 February 2014

RAHSIA pembuatan POLKA DOT NURSING PILLOW dan penjagaan bantal kekabu

Rahsia la sangat?  Bukan ke kalau rahsia kena syhhhh dediam je?  Hehehe...saja nak share proses pembuatan bantal kekabu POLKA DOT NURSING PILLOW yg homemade ni.

Bantal ni dibuat bila cuti je.  Yelah, nama pun hobi masa lapang...walaupun tak berapa lapang sangat la sekarang ni.  Masa sekarang ni bergerak teramat pantas.  24 jam sekarang tak seperti 24 jam dahulu.  Itu kah petandanya yg kita semakin tua?  Errr...tak kot.

1. Ada 3 saiz tu: JUMBO, ORIGINAL & JUNIOR
1. Mula-mula sekali, potong kain mengikut saiz Polka Dot Nursing Pillow http://www.polkadotnursingpillow.blogspot.com/2014/01/saiz-polka-dot-nursing-pillow_16.html seperti yg dikehendaki.  Pastu boleh jahit la ikut skill yg dikutip masa belajar mula2 dalam kelas SRT (sains rumah tangga) dulu - tingkatan satu.  Walaupun dulu cikgu suruh masuk kelas perdagangan, ku tolak mentah2.  Tak best sebab takleh makan2 (SRT ada masak, jahit, pertukangan..meriah tu)
2. Bila dah siap sumbat kekabu penuh2 kena jahit tangan.
2.Boleh mula masukkan kekabu dalam sarung pada bukaan yg ditinggalkan tidak berjahit seperti dalam gambar tu.  Bermakna, bila dah siap sumbat kekabu, kena jahit tangan sendiri ye.  Bahagian ni ada adventureous sikit sebab bahagian nak dijahit tu adalah lengkungan.  Fuh, kekadang ada pertumpahan darah tu...hahaha. (ala...tercucuk jarum la).  Operasi sumbat kekabu biasanya dibuat di awal pagi sebab waktu tu, udara lembap, jadi kurang la kekabu tu terbang melayang. 


3. Bantal kekabu mesti dijemur sekurang2nya sehari untuk menghilangkan bau kekabu yg baru.  Biasa kalau beli bantal kekabu yg dibuat secara komersial boleh cium, ada bau yg tak berapa best tu.  Sebab diorang mana nak layan jemur2 ni.  Bila homemade, boleh la kan.  Layanan istimewa.  :) Bagi bantal2 kekabu yg biasa empat segi tu (yg lurus bendul tuh) pun sama juga.  Penjagaan bantal kekabu sangat mudah.  Biasakan jemur di bawah terik mentari bila ada masa.  Ini akan panjangkan hayat bantal kekabu tu.  Bantal tu akan jadi gebu semula selepas diketuk2 untuk keluarkan partikel2 halus kekabu dan hilangkan kelembapan (yg menjadikan bantal penyek akibat kegunaan yg sangat kerap - dah tiap2 hari tidur guna bantal kan?)  Kajian menunjukkan bantal yg diisi kekabu, jika dijaga dengan cermat boleh bertahan sehingga 20 tahun.  Cuba ingat2 balik bantal kat umah atuk ngan nenek tu, bukan ke dari zaman kita budak2 dulu? Hah, berbaloi2 kan? 
3. Siap jahit bantal jemur di bawah terik mentari


4. Susunan bantal yg sudah dijemur

4. Bila dah siap dijemur, takde lagi bau kekabu.  Cium pun takde bau apa2.  Ha, baru la best peluk cium bantal tu kemudiannya.  Pastu longgok la macam ni, rasa puas kerja2 pembuatan bantal hampir selesai.

5. Sementara itu pada masa yg berbeza, sarung bantal dengan kain pilihan English Cotton di http://www.polkadotnursingpillow.blogspot.com/2014/01/fabrik-english-cotton-sarung-polka-dot.html sudah dijahit.  Semua sarung berzip kecuali yg bersaiz JUNIOR.  JUNIOR tak pakai zip tapi guna butang ketap.  Semua sarung bantal ini sudah siap dibasuh bagi membolehkan anda terus peluk tanpa was2. :) 
5. Sarung yg siap dibasuh


Dah cantik bersarung
Begitulah adanya proses yg terlibat.  Jika berminat nak order boleh isi je borang di http://www.polkadotnursingpillow.blogspot.com/p/blog-page_4899.html 



Tuesday 4 February 2014

TIPs Makanan bagi si kecil bawah 2 tahun

Sebelum usia mereka mencecah dua tahun, kebanyakan kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah alergi atau masalah kesihatan khusus, boleh makan daging, buah-buahan, sayur, dan sebagainya.
Cuma, jumlah yang diambil tidaklah sebanyak orang dewasa, dan makan tersebut juga perlu dipotong kecil agar selamat untuk mereka makan.

Beberapa perkara perlu anda ketahui dalam penyediaan makanan anak-anak yang masih kecil:

Oatmeal
1. Jika anda sering makan berfiber tinggi seperti bijirin penuh atau beras perang (nak diet kan? kan?), ia tidak begitu sesuai untuk si kecil ye. Fiber yang telalu banyak boleh merendahkan tahap mineral seperti kalsium dan zat besi, yang boleh diserap oleh perut kanak-kanak.


2. Pastikan juga makanan kanak-kanak berusia sehingga lima tahun tidak mengandungi terlalu banyak lemak terlarut yang boleh didapati daripada mentega, keju, daging berlemak, produk daging, biskut, pastri dan kek.

3. Elak memberi anak-anak anda telur mentah atau telur setengah masak kerana risiko dicemari salmonella yang boleh mengakibatkan keracunan makanan. Jika mahu beri anak anda makan telur, pastikan bahagian merah dan putih masak sepenuhnya.

Dari kiri: Puri keledek, green pea, epal
4. Potong kecil, parut atau kisar kekacang atau buah-buahan jika ingin memberi mereka kekacang atau buah-buahan. Kalau baru nak perkenalkan makanan solid pada si kecil (6 bulan), boleh buat puri buah2an atau sayur2an pilihan untuk dipelbagaikan pada mereka.

King mackerel (paling tinggi raksa)

5. Sesetengah ikan mengandungi tahap raksa/merkuri  (logam berat) yang tinggi, dan ini boleh memberi kesan kepada perkembangan sistem tunjang mereka. Jadi cuba elakkannya terutama ibu2 mengandung dan anak2 kecil. Antara ikan dengan jumlah raksa adalah king mackerel, tuna, yu.  Nak tahu senarai ikan dengan merkuri yg tinggi?  Rujuk kat sini http://www.nrdc.org/health/effects/mercury/guide.asp


Setakat nak ber'tahnik' tiada masalah
6. Elakkan memberi minuman bergula atau mengandungi madu kepada kanak-kanak kerana ia boleh merosakkan gigi. Adalah lebih baik anda memberi air kosong atau susu saja.

Monday 3 February 2014

Budak-budak, tugasan di rumah & bibik?

Mama cum bibik? Mama berkejaya.  Bangun tidur dah start 'bertugas' untuk rutin harian.  Bersambung pulak di pejabat (dan yg sewaktu dengannya).  Pukul 5pm, bergegas pulak balik.  Dalam perjalanan pulang mengerah otak pulak "Apa untuk makan malam hari ini ye?"  Kan?

Jadi, boleh ke kita mengharapkan anak2 untuk menolong?  Err.... cuba tengok senarai di bawah ni:

Yg mana satu yg si kecil tu dah boleh buat?

Tapi, jangan la diharapkan yg semua senarai seperti di atas tu diorang dah boleh buat dengan jayanya.  Kita kan lebih kenal anak kita.  Mana yg boleh dibuat, mana yg belum boleh lagi.  Jadi, kena disesuaikanlah. 

Tambahan lagi, kena lah beringat...yg hasil kerja budak2 ni memang tidak sesempurna kita org tua ni.  Diorang kan masih lagi belajar mendapatkan motor skill yg lebih halus.  Jangan la bila diorang lipat baju tu, kita leterkan pulak sebab tak seragam la, senget benget la, tak ikut warna la, tak sepasang baju ngan seluar la...dan banyak lagi leteran lain yg akan mematikan minat menolong mereka yg sedang meruap2 tu.  Layan je la... cakap terima kasih.  Mesti diorg tersenyum bangga.  (Kalau Aqil dia siap tanya, ibu tak cakap terima kasih ke sebab Aqil dah tolong tadi? hahaha... ada reminder tu).

Candid: Senyap2 basuh pinggan
Kekadang kita boleh kesan apa minat diorg...yg mana satu diorg 'lebih' rajin buat, adakalanya tanpa disuruh... perhatikan aje.  Tugasan yg melibatkan air...tugasan yg melibatkan aktiviti luar rumah... dan sebagainya.

Basuh sendiri ye

Macam ni contohnya, suruh rendam kasut sekolah sebelum basuh.  Sampai penuh baldi sebesar2 baldi ni diisinya air.  Apa nak kata...kena lebih spesifik bila bagi arahan tu... Rendam air separuh baldi je (contohnya)

Yg adik pulak, bila senyap je...tengok2 tengah basuh pinggan yg dia makan sarapan pagi...hmmmm... dah beberapa kali dah jumpa budak ni basuh pinggan dia.

Cemana pun kenalah ingat, setiap anak tu unik.  Renti2kan la membandingkan seorang anak dgn anak yg lain.  Sesama sepupunya.  Anak jiran sebelah ngan anak kita.  Abang ngan adik.  Anak rakan sekerja ngan anak kita....adoiiii....letih nak fikir.

P/S: Bagi yg mama yg letih seharian 24 x 7 tu, ni tips Rasulullah s.a.w. bagi pada anaknya Fatimah kerana keletihan menguruskan rumah tangganya sendirian.  Baca Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 34x sebelum tidur.  Insyallah, akan diberikan kekuatan dan ketahanan.  Cubalah amalkan.