Saturday 28 June 2014

Rezeki ditentukanNya

Ada beberapa kali aku pernah terlintas untuk membeli sesuatu yg terlihat di pasar/kedai tapi tidak meneruskan niat di hati dan sekadar meneruskan perjalanan.  Tapi bila balik ke rumah, tup-tup barang yg sama sudah pun dibeli bapak ataupun mak.  Kebetulankah itu?  Tiada yg kebetulan.  Semuanya telah tertulis.  Seperti bayi yg berusia 4 bulan dan masih dalam kandungan, telahpun tertulis rezekinya, baik buruknya, susah senangnya.  Pun begitu, kita masih diberikan peluang untuk mengubah segala sesuatu kecuali ketentuan ajal.  Berdoa dan berusahalah.

Ada ketikanya bertemu rakan-rakan setelah sekian lama tak bertemu.  Soalan biasa yg diajukan: "Berapa ramai dah anak?"  Dan kemudian disusuli pula komen yg memang biasa sangat didengar: "Hah? Itu pun tak cukup lagi ke?"  Aku rasa aku mengerti apa yg menjadi kegusaran di hati mereka.  Mampukah?  Allah sahaja yg lebih mengerti dan lebih mengetahui.

Kisah 1:
Imam Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya bagaimana dia mendapat rezeki dengan masuk ke dalam gua yg tiada makanan.

Tiba-tiba segerombolan pedagang tersesat jalan dan apabila hujan turun, mereka berteduh di dalam gua.  Seorang daripada mereka bertanya: "Siapa engkau hai hamba Allah?"  Soalan itu tak dijawab.  Rakannya tanya lagi: "Mungkin dia lapar."  Mereka kemudian membuka makanna, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

2 drpd pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dgn menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata:  "Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah memberi rezeki kepada hambaNya di mana sahaja berada dan bagaimanapun keadaannya."

Kisah ke2:
Kisah berkisar tentang Ibrahim Adhan yg penat setelah berburu dan duduk sambil memotong roti yg dibawanya.  Tiba2 hinggap seekor burung sebesar burung gagak yg didepannya mematuk potong roti dan membawanya terbang.  Ibrahim bersa hairan dengan kejadian itu dan serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan.  Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yg menimpanya.

"Saya adalah pedagang yg dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari.  Dengan demikian tahulah saya bahawa Allah SWT tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan."  katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Rezeki itu bukannya terletak pada wang ringgit sahaja.  Pohonlah keberkatan, itu yg lebih utama.  Amalkan ayat seribu dinar.

Z

Sembilan lawan Satu

Setelah suami Rabiah al Adawiyah meninggal, maka Hasan Bisri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan dipersilakan masuk.  Kemudian ditutup Rabiah tabir dan dia duduk di belakangnya seraya berkata: "Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami saya."  Maka mereka menjawab: "Hasan al Bisri".  Rabiah: "Bila dapat menjawab pertanyaanku maka aku adalah milikmu."

Hasan segera berkata: "Tanyalah semoga aku dapat menjawab".

Rabiah: "Apabila aku mati dan keluar dari dunia, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?"

Hasan:"Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun yg mengetahui kecuali Allah."

Rabiah: "Bila aku terletak di ruang liang kubur dan ditanya Malaikat Munkar dan Nankir, apakah aku nanti dapat menjawab atau tidak?"

Hasan:  "Itu juga hal yg ghaib dan tidak ada yg mengetahui kecuali Allah."

Rabiah:  "Apabila orang yg telah dikumpulkan di hari Kiamat diberikan kepada mereka catatan amalan masing2, dengan tangan kananku atau tangan kiriku kah aku akan menerima catatan amalanku?"

Hasan:  "Itu pun barang ghaib juga."

Lalu Rabiah berkata:  "Hai Hasan, barang siapa tidak dapat menjawab empat pertanyaan yg saya ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwini saya."

Kemudian Rabiah berkata untuk terakhir kalinya: "Hai Hasan, dalam berapa bahagiankah Allah mencipta akal?"

"Sepuluh bahagian, sembilan untuk lelaki dan satu untuk perempuan", jawab Hasan.

Rabiah:"Dalam berapa bahagiankah Allah mencipta syahwat?"

Hasan:  Sembilan bahagian untuk wanita dan satu bahagian untuk lelaki."

Rabiah: "Hai Hasan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yg kamu dapat."

Dan keluarlah Hasan dari rumah Rabiah dengan tangis dan air mata yg bercucuran.

Jangan mudah menghukum seseorang individu sebagai pendek akal...

Siapa kita untuk melabel cantik atau sebaliknya?

Laju aje mulut mengkritik itu dan ini setiap kali melihat sekeliling kita kan? 

Ada suatu kisah Nabi Nuh A.S. Nama asalnya bukanlah Nuh, tapi sesuatu nama lain yg tidak banyak diketahui, meskipun Allah menyebut nama Nuh dalam dalam Al Quran.

Nuh bermakna raungan atau tangisan yg berterusan. 

Pada suatu hari apabila seekor anjing yg sangat ganjil lalu dihadapannya, Nabi Nuh A. S. pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh: " Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yg lain.  Mengapa jadi begini?|

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yg menjadikan aku.  Kau fikir aku yg menghendaki mukaku hodoh begini?  Tanyalah Tuhan yg menjadikan aku dan juga yg menjdadikan engkau?"

Nabi Nuh A.S. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu.  Ia menangis tak henti-henti.  Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.  Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu.  Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah. 

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah.

Fikir sejenak sebelum berkata2.

Saturday 7 June 2014

Boleh ke selamatkan gigi kekal yg tercabut?

"Kakak, kita ada program anak angkat kat sini"  "Hah?"  Dalam hati, terdetik comot sangat ke aku aritu sampai pegawai kesihatan tu cakap gitu.  :P

Arakian, Amirah pun jadilah anak angkat klinik kesihatan bahagian pergigian.  Huh?  Klinik pun ada program gitu rupanya.  Tader la sampai budak tu kena tidur situ ke apa... tapi setiap 6 bulan Cik Amirah kenalah buat check up gigi (kita pun kan memang kena buat check up setiap 6 bulan kan...).  Objektif supaya kanak2 rasa selesa pergi jumpa Dr Gigi, diajar gosok gigi cara betul, etc sehingga umurnya 4 tahun.  OK la tu.

Sementara menunggu giliran tu ternampak satu poster tentang bagaimana nak selamatkan gigi kekal yg tercabut, terutamanya kanak2 yg sangat aktif dalam pelbagai aktiviti adakalanya menyebabkan gigi kekal mereka tercabut, tapi tiada kerosakan pada gigi tu (semuanya dalam keadaan yg baik).

Panduannya mudah:
  • Jangan sekali2 pegang akar gigi tersebut, pegang bahagian atas gigi (koroner gigi kalau tak salah)
  • Cuci dengan air yg mengalir 
  • Simpan dalam air susu segar UHT (boleh tahan 1 jam), atau dalam air liur (tahan selama 30 minit).
  • Segera berjumpa DR Gigi untuk diletakkan balik gigi tersebut dalam soket gigi.


Thursday 5 June 2014

Membiasakan anak tidur sesudah Isyak

Biasakan anak tunaikan solat Subuh tepat pada waktunya bererti membiasakannya boleh bangun lebih awal.  Dan untuk bangun lebih awal, dia juga harus tidur lebih cepat. 

Jika sesorang anak Muslim sudah boleh membiasakan diri untuk menunaikan kewajipan agamanya, bererti dia melaksanakan tabiat yg baik dan sihat, di mana jasmani dan rohaninya turut kuat.  Gas ozon yg membentuk struktur 3 jenis atom oksigen, banyak tersebar di udara pada waktu pagi subuh.  Gas tersebut akan menambah aktiviti sel2 yg hidup dan akan membunuh pelbagai jenis penyakit.  Jika anak terbiasa menghirup gas seperti ini, makan akan menguatkan struktur tubuhnya tanpa dia sedari, padahal yg dia kerjakan ialah sekadar menunaikan kewajipan solat.

Hakim meriwayatkan hadis sahih, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Jauhilah berbincang2 setelah keheningan malam, kerana kamu tidak tahu apa yg dilakukan oleh Allah SWT kepada makhlukNya"

Tambahan manfaat bangun pagi ialah menambah rezeki.  Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkunjung ke rumah Fatimah pada pagi hari, dan baginda mendapatinya sedang tidur.  Maka baginda pun bersabda: "Bangun!  Dan saksikan rezeki daripada Tuhanmu".

Jadi, tak usahlah jadi kutu embun dan jgn sampai subuhmu subuh gajah.

Sumber: Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah oleh Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid