Thursday 29 December 2016

Alkisah dilanda chicken pox

Hari aku start catatan ni hari ke12 Alif, Aliah & Aqil kena chicken pox. Mula nampak blisters pada 24 November masa nurse nak inject vaksin hepatitis 6 bln Alif. Tapi aku kata, nyamuk tu.. hehehe... (3 bintik kecik je). Tghari, cikgu taska kata Aliah dah ada chicken pox. Huhu. Petang sikit, yg Alif punya makin jelas. Petang amik Aqil, dia kata dia demam. Balik tgk, ada gak. Huhu...Maka, sahlah chicken pox fasa ke 2.

Fasa 1 Amirah & Adam yg terus dihantar duduk ngn Ayong kat kampung pada hari ke 2.
Start la episod cuti2 emergency ku. 4 hari pertama memang dugaan besar jaga 3 org yg kena. Tuhan je la yg tau, yg gatalnya, yg demam panasnya, yg merengeknya. Sorang berenti, lagi 2 merengek. Kekadang Alif pulak berenti merengek bila tetiba abang ngan kakaknya tetiba menjerit kegatalan. Dapat bayangkan? Setiap setengah jam Aliah datang bawak losyen calamine tu nak suruh sapu lagi? Tak lama lepas dah pandai bukak sendiri losyen tu, self service...tup tup dah nak abis lotionnya. Huhu.

Alif dari awal aku sapukan bedak sejuk je (susah dah nak dapat). Sbb aku rasa baby ni skin sensitive. Tapi x tahulah, Alif ni secara azalinya memang baby yg self soothing. Tak banyak ragam.
Jadi dari pemerhatian aku, calamine lotion tu kurang sesuai dgn aliah. Sbb dia akan lega sekejap, tapi lepas 1/2 jam dia start merenyam balik. Aku tukar strategi. Tiga2 aku sapukan bedak sejuk je. Memang nampak lain sikit. Kurang la Aliah nak mintak sapu ubat macam masa dia pakai calamine lotion tu.

27 December (sambung lagi catatan ni.. bererti lebih sebulan dah dari peristiwa chicken pox fasa 2)
Hari ketiga, member group taska bagitau port ada daun mambu. Apa lagi, serang... Hahaha. Seronok la Aqil buat tepuk2 tempat gatal. Letak gak bawah cadar masing2.  Aqil risau sempat ke dia baik sebelum 15 Dec utk program Extreme Outdoor kat Mlk. Hahaha. Risau dah lama kena quarantine.
Hari2 berlalu, Alif punya blister mula pecah. Tapi bila aku start jaga sabtu seterusnya (hari ke10),...eh...macam x kena je. Rasa mcm kena skin infection je...melepuh kulitnya, sgt fragile. Dahla penuh setiap pelusuk kulit. Sampai x tau macam mana nak dukung Alif. Dan bila aku telek lagi, ohhh...tidak! Tmpt selalu pegang utk aku dukung dia, bawah ketiak tu, macam nak berdarah. Tetiba aku rasa tak boleh tunggu lagi sampai isnin (rancangan awal klau x baik gak) utk g klinik. Bismillah, aku tipon klinik. Doc akan masuk kol 4. Segera aku bergegas siap pergi.
Sampai sana, dah ada ramai que. Ada sorang lelaki india tu bagi turn dia kat alif, sian sgt dia tgk alif tak tentu arah. Alhamdulillah.

Doc kata, nape tak bawak masa dia memula kena. Ok. Part ni yg penting sgt. Part ni yg aku nak share ngn semorang dan sebab aku menulis panjang.
Doc kata:
Memang ada vaksin utk cegah chicken pox, TAPI cuma kalau baby dah cecah 2 tahun saja boleh amik. Dan vaksin ni mahal.  Ini aku tahu. Yg aku x tahu?
Doc ada ubat utk matikan virus tu, dan x perlu kanak2 ni semua utk hadapi 'kesusahan/kesakitan/kegatalan' seperti yg kita secara umumnya tahu. Yak perlu tunggu sepuluh hari atau lebih utk tggu budak2 ni pulih. Huhu...
Ignorence is a bliss.

Doc pun pesan, jika luka pada kulit, jgn letak krim. Luka tu akan berair, lebih teruk jadinya. Jadi, Alif dapat gel aloe vera. Aku suka betul gel aloe vera yg doc ni suggest... it works like magic! Personally aku mmg suka pakaikan diorg gel tu. Cepat betul luka tu semua pulih. Sangat lega bila tengok luka alif mula mengering, berkopeng dan start gugur satu persatu. Allah je yg tahu betapa lega rasa hati ni tgk Alif dah mula tersenyum semula.


https://seller.shopee.com.my/portal/product/102960018


Yg masih menjadi dugaan ialah Aliah. Dah sembuh chicken pox. Tapi dia suka garu. Garu sehingga berdarah dan jadi semakin sukar nak kawal. Kulitnya memang sensitif, kena gigit nyamuk pun bengkak dan tinggal kesan.

Semua org dah sembuh, takde lagi kuarantin, tapi luka aliah masih dalam pemerhatian. Dah makan ubat gatal pun masih juga garu. Last2 aku dapat idea. Aku balutkan kakinya (sbb situ yg ada luka2 yg belum kering sepenuhnya dek digaru setiap kali nak kering) dgn elastic bandage Aqil yg guna masa tgnnya retak. Huhu. Nampak berkesan. Dah kena balut, mana dia boleh garu. Tapi ada letak krim ubat luka yg ada antibiotik la. Alhamdulillah, akhirnya sembuh sepenuhnya.

Itu la ceritanya.