Monday 14 April 2014

Mereka lihat, mereka buat

Bila diperhatikan si kecil dan keletahnya, macam2 yg terlintas di fikiran.."comelnya - rupa macam mak dia lah"  "Bijaknya budak ni, anak doktor lah kan..." "Iskhhhh... perangai baran sapa lah yg diikut budak ni?" 

Dalam hadis yg sangat popular disebutkan, "Kedua ibu bapanyalah yg menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi."

Contoh yg baik dapat menimbulkan kesan yg besar dalam jiwa anak.  Sebab, anak banyak meniru ibu bapanya sehinggalah mereka boleh membentuk karakter dan perilaku mereka sendiri.  Ini belum lagi ditambah dengan pengaruh persekitaran (sanak saudara, rakan2) bila mereka terdedah di dunia luar.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: "Barangsiapa yg mengatakan kepada anak kecil: "Kemarilah saya akan memberimu sesuatu!", kemudian dia tidak memberinya, maka yg demikian itu termasuk ucapan dusta.  Jangan ambil mudah.  Ini pun menjadi teladan kepada mereka.  Mereka macam SPONGEBOB yg menyerap segala sesuatu yg ada dipersekitaran  - dilihat, didengar, dirasakan...

Si kecil akan sentiasa memerhati dan meniru kedua ibu bapanya, diikuti persoalan2 mengapa begitu, begini, dan sebagainya.  Bagaimana kita memberikan respon juga diperhatikan mereka - ikhlas ke, marah2 ke, tak jawap langsung ke...  Kemampuan anak dalam menerima secara sedar mahupun tidak sedar sangatlah tinggi, diluar jangkaan kita, kerana  kita biasanya hanya memandangnya sebagai makhluk kecik yg belum mengerti apa2.

Bukan mudah tanggungjawab ini.





Sunday 13 April 2014

Membiasakan anak supaya menjaga rahsia

Perlu ke didik mereka agar menjaga rahsia?

Rasulullah S.A.W. juga memberikan perhatian terhadap perkembangan anak dalam hal kemampuan menjaga rahsia, kerana yg demikian itu akan membawa kebaikan bagi anak itu sendiri sekarang mahupun pada masa akan datang.  Untuk apa?  Bagi keselamatan keluarga dan bermanfaat bagi menjaga keutuhan masyarakat.

Anak yg boleh menjaga rahsia akan tumbuh mempunyai kemahuan yg kuat sehingga kepercayaan masyarakan akan tumbuh terhadapnya kerana boleh menjaga rahsia sebahagian mereka daripada yg lain.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Ja'afar bahawa beliau berkata: "Pada suatu ketika, Rasulullah S.A.W.  memboncengku di belakang beliau, kemudian beliau menyampaikan suatu rahsia kepadaku yg tidak akan aku katakan kepada sesiapun pun."

Hadis Anas R.A. berkenaan khidmat yg dia berikan kepada Nabi S.A.W. sehingga dia terlambat pulang.  Ibunya bertanya:  "Apa yg membuatmu terlambat?"  Dia menjawab, "Rasulullah S.A.W. mengutusku untuk melakukan suatu keperluan."  Ibunya bertanya lagi: "Urusan apa itu?" "Rahsia," jawabku.  Ibu Anas kemudian berkata kepadanya: "Jangan sampai kamu memberitahukan rahsia Rasulullah S.A.W ini kepada sesiapa pun!"

Dengan demikian, ibu yg cerdik ini telah memberikan pelajaran bagi kaum ibu seluruhnya berkenaan mendidik anak untuk boleh menjaga rahsia.

Jadilah teladan yg baik kepada mereka.  Bukan sekadar menyatakan kepentingan menjaga rahsia pada si anak tetapi pada masa yg sama update/upload status yg sewajarnya menjadi rahsia keluarga pada umum.

Fikir2kan.