Tuesday 29 December 2015

Chocolate Brownies Kedut


Subhanallah.  Last post pun bulan 1 aritu. Hisyhhhh, busy bebenau ke?  Ni dah nak masuk tahun baru 2016.  Hahaha... tu la asyik layan update insta @bantalibu je.

Hemmm, ada berkali2 hajat nak update post (pasal resepi rendang aritu) pun terbantut.  Lagi2 bila carik gambar tak jumpa.  Jadi hari ini, post dulu resepi yg terbaru terkini dan dah selamat pun habis kena ngap.

Dah lama betul berhajat nak makan brownies yg sedap, moist tak terkata.  Ada sekali tu, adalah hamba Allah tu buat dan bagi masa majlis kenduri kahwin (huiiiii...lebih kurang 4 tahun yang lalu kot).. punyalah sedap.. brownies yg kat Secret Recepi pun aku dah tak lalu nak beli dah.  Melampau tak?  Iye, bukan tipu2.  Abih, tanya resepi tak bagi.  Takpelah, hak dia takut bisnes dia terjejas kot.

Bila aku usha internet carik resepi ni, dah lama la jugak...tapi cam tak konfiden jek nak wat...hinggalah semalam.  Jumpa kedai bahan kek tu pun dah beberapa bulan, tapi baru semalam petang gi jejak sana.  Kutip semua bahan2, dan tadaaaa....malamnya lepas bebudak tido, aku buat lah. Bismillah.

Dah siap potong nak bawak gi opis
 Asal resepi ni copy dari www.azlitamasammanis.com.  Dia punya gambau2 memang mengiurkan.  Banyak gak la resepi aku try dari situ.  Alhamdulillah sedap.

Bahan2:
400 gm coklat masakan (aku guna Beryls)
150 gm unsalted butter (SCS)
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara:
1. Cairkan coklat masakan bersama butter guna teknik double boiler.
2. Campurkan gula perang, kastor, telur dan esen vanilla dalam bekas lain untuk dipukul sebati (whisk saja)
3. Masukkan coklat yg sudah dicairkan dalam adunan yg sudah dipukul.
4. Ayakkan tepung dengan koko ke dalam campuran bahan tadi, digaul sebati.  Siap.
5. Griskan bekas bakar dengan mentega lepas dialas dengan kertas.
6. Panaskan oven 15 minit pada suhu 160'C kemudian baru dimasukkan adunan brownies untuk dibakar selama 30 minit.  Lepas 30 minit, test dah masak ke tidak (guna cake tester/lidi).  Kalau masih tak bersih (maknanya belum masak betul), tambahkan masa mungkin dalam 10 minit lagi.  Semua ni bergantung pada oven masing2.
Sebelum masuk oven
 7. Bila dah masak, biarkan lebih kurang 15 minit brownies tu dalam ketuhar yg pintunya dibuka.  Bila dah betul2 sejuk baru boleh potong.
Dah sejuk 

Alhamdulillah memang sedap sangat.  Boleh repeat buat lagi lain kali.  Bahan2 ada lagi...hehehe.

Wednesday 14 January 2015

Penyebab dan ketentuan

Adakalanya kita dilanda rasa tidak menentu.  Semalam ok, kelmarin happy, hari ini lain macam?  Biasalah...itulah namanya kehidupan dunia.  Langit tak sentiasa cerah.  Kalau hari2 sama pun tak best jugak kan.

Pagi ni selepas hantar budak2 ke sekolah. Awal hari ini...hehehe...pun Aqil dok komplen, "Pagi ni pun jem?  Ingat dah awal dah ni" "Biasa lah, ini lah rutin harian. Yang nak ke sekolah, yang nak pergi kerja...."

Dalam perjalanan nak hantar Amirah dan Aliah, terlihat dari kejauhan seekor kucing sedang berlari2 tak tentu arah di tengah2 jalan.  Rasanya kaki dah kena langgar sikit.  Kereta banyak.  Dalam hati aku, "Ya Allah, selamatkan lah dia" Aku cuba perlahankan kenderaan.  Tapi, grupppp...gedegung... terasa tayar kereta aku terlanggarkannya.  "Astaghfirullahalazim"

Itulah membuatkan emosi aku terganggu sedikit pagi ni.

Kita merancang, tapi Allah yang tentukan.  Hinggakan waktu pulang pun terngiang2 lagi rasa itu.  Dan teringat tugas malaikat yg mencabut nyawa segala makhluk di dunia ini.  Akulah asbabnya.  Cuma bukan nyawaku.

Mati itu pasti.  Tidak dipercepatkan mahupun dilambatkan walau sesaat.

Thursday 8 January 2015

"Akak ikut awak ye..."

Semalam bertugas di PH sepanjang hari.  Terpaksa curi masa nak pump dan sembahyang. Terkejar2 la jugak.  Sampai surau, macam biasa permandangannya.. ada yg berbaring, ada yg berborak.  Aku terus capai telekung, amik wuduk dan nak terus sembahyang.

"Akak ikut awak ye."  Tegur kakak yg juga nampak bersiap nak pakai telekung.  "Eh, akak la" "Takpe," katanya dan terus iqamah.  Dan kami pun berjemaah.

Lepas kami berdoa, aku salam kakak tu.  Dia pandang dan tenung aku.  Tak tau aku apa erti pandangannya itu.  Tapi aku terus bingkas bangun, lipat telekung, pakai tudung.  Apabila nampak dia menghampiriku sekali lagi, aku sekadar menegurnya dan katakan aku tengah bertugas dan perlu pergi cepat.

Dalam hatiku terlintas rasa sayu.  Memang dah lama sangat tak berjemaah.  Teringat masa sekolah dulu.  Boleh kira berapa kali yg tak berjemaah sebenarnya.  Iyelah, mana tak sayu hati.  Sekarang dengan kesibukan dunia ni, dengan tak khusyuknya pikir itu ini...dengan berjemaah mudah2an taklah jadik negatif pahala sebab berjemaah 27 kali lebih baik dari solo. Hemmmm....Wallahua'lam.