Saturday 20 December 2014

Agar2 Milo Oreo

Petang ni layan agar2 pulak. First time buat agar2. Aritu beli apa ntah dpt oreo free. Pastu nampak lak resepi ni kat internet, bahan2 ada jadi buat je lah.

Bhn2nya:
1 peket agar2 (20gm)
750ml air
1 cawan gula (boleh kurangkan utk kurang manis)
1 tin susu cair (400gm)
3/4 cawan milo
1 paket oreo (137 gm) dipatah 2

Didihkan agar2 dgn air dan gula hingga larut. Masukkan susu cair. Kacau. Asingkan 2 cawan adunan tadi utk dicampurkan dgn milo. Secawan adunan milo dijadikan lapisan dasar. Biarkan separa beku utk dituangkan kesemua adunan susu. Susunkan oreo. 

Sementara itu, panaskan baki adunan milo atas api kecil agar tak beku. 

Setelah hampir beku, tuang baki adunan milo sebagai lapisan terakhir. Sejukkan sebelum dipotong.

Tuesday 2 December 2014

Waktu patut elak untuk berkomunikasi

Baru lepas minum pagi, layan tosei depan rumah tu je.  Tadi hantar Aliah dan Amirah pergi routine checkup kat klinik.  Pastu 4 dalam 1 plak tu? Hehehe... Aliah cucuk, Amirah check up 21 bulan, Amirah check up gigi sebagai anak angkat klinik tu sekali, Abah pun tumpang check gigi.  Kira produktif la guna klinik tu hari ni.  Nurse tu kata hari ni kira tak ramai la sebab cuti sekolah.  Itu tak ramai? 5 minit sebelum pukul 8 dah penuh klinik tu...dapat no. 22 plak tu.  Tapi ada betul jugak la, 1 jam 50 minit + 10 minit amik ubat semuanya settle.  Tapi yg pergi melencong kat klinik gigi tu kira gamble jugak la sebab semua jalan serentak.  Kira pandai jugak la aku meneka2 timing diorang tu. Cakap pasal timing aku nak kongsi sikit jap lagi pasal carik timing yg sesuai.

Masa tengok gigi Amirah tu memang dah tau problem sikit sebab aritu dia jatuh masa gi tesco ngan mak long dia.  Pecah bibir.  Meleleh2 darah sampai panik la mak long dia terus bawak gi klinik.  Gi klinik mawar tu budak yg jaga kaunter pun tader, tapi 24 jam.  Pergi klinik lain.  Doktor cuma bagi krim sapu dan ubat demam kalau dia demam. Jadi, beberapa hari ni tader la gosok gigi.  Nampak gusi ada bengkak sikit.

Nurse gigi tu kata, Amirah kecik lagi.  Kalau tak gosok gigi dgn berus gigi guna je kain lembut gosok gigi dia pun boleh supaya tader kaviti yg akan merosakkan gigi dia.  Tadi Amirah jinak2 merpati, senyum tunjuk gigi je tapi taknak nurse tu gosok ngan kain gigi dia.  Nurse tu pulak memang nampak pandai layan bebudak.  Akhirnya dia bekalkan aje kapas dan ubat gosok gigi dan itu menjadi misi kitorang la untuk gosok nanti.  Misi yg mesti berjaya kalau tak kena gi lagi klinik tu dan paksa gosok ngan diorang.  Huh...Insyallah boleh kot.

Semalam dok dengar beberapa perbincangan menarik kat youtube dan aku minat nak kongsi pasal waktu2 yg tak sesuai untuk dibawa berbincang dengan sesiapa sahaja.

Tangguhkan dulu niat untuk berkomunikasi (contohnya isu2 sensitif, berat) pada waktu2 begini:

1. Waktu lapar
2. Waktu sakit
3. Keadaan terlalu panas atau terlalu sejuk
4. Terlalu mengantuk/penat
5. Semangat atau mood yg tidak baik

sumber Ustaz Muhammad Abdullah.  Kupasan lebih lanjut boleh dengar sendiri di sini.

Kira kena pandai tengok timing yang sesuai la ye.  Baca bismillah lebih sikit, sembur2 sikit mudah2an apa yg nak dibincangkan tu dapat penyelesaian yg terbaik.  :)

Monday 1 December 2014

Koleksi Demo Baby Carrier

Semalam keluar, tak bawak Ergo Original.  Jadi pakailah ringsling.  Eh, tapi dah lama sangat tak guna...dah lupa la macam mana.  Itu la orang dok pesan, practice makes perfect.  Gi youtube dan jumpa tutorial ni. Share kat sini supaya bila lupa lain kali boleh tengok je kat sini.  Senang.

Ini utk craddle (buaian) position, front position & nursing (menyusukan)


Yg back position  sesuai utk baby yg dah besar.


Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Meh layan demo utk Ergo carrier jugak.

Ergo back carry?



Ergo front carry?


Hip position?



Insert baby diperlukan utk newborn. Demonya?

Tips kecantikan wanita melalui pemakanan sunnah

Best ni tips yg diberikan Ustazah Norhafizah.  7 tips ni disenaraikan supaya senang ingat.  Makanan sunnah yg dapat pahala jika diamalkan sambil memberikan kesihatan.


1. Bangun pagi terus minum air suam.  Minum sikit2, baca bismillah & doa (agar diberikan kesihatan)

2. Makan satu sudu minyak zaitun (sudu kecil atau besar ikut kesesuaian saiz badan)

3. 2 sudu besar pati delima (lebih pun takpe)

4. Air suam + 1 sudu makan madu + 1 sudu kecil minyak habbatus sauda + 1 sudu kecil minyak kelapa dara + beberapa helai za'faran (untuk menguatkan ingatan).  Baca selawat dan minum.  Lepas minum rehatkan perut lebih kurang 1 1/2 jam.

5. Lepas makan sarapan boleh makan cuka tamar.  Sikit sahaja sebab berasid.  Melawaskan perut.

6. Jadikan kulit kayu manis sebagai kudap kudapan yg akan masuk dalam aliran darah.  Cuba cari yg datang dari Indonesia (Padang contohnya)  Tidur menjadi lebih berkualiti.  Masa dalam pantang dulu aku campurkan sedikit kulit kayu manis yg diasah ke dalam quaker oat.  Baunya memang semerbak sedap.

7. Amalkan kacip fatimah sebagai supplemen.  Beri tenaga & kesegaran, jangan sampai terlebih dos nanti terlebih tenaga tak boleh tidur.





Samada boleh kita amalkan secara berdisiplin semua tips di atas ni atau carilah makanan yg ada extrak makanan sunnah yg disebut di atas.  Ada banyak dah produk sekarang yg halal dan mengkomersialkan makanan sunnah.  Susu kambing Nutri Goat Miracle 8, Qaseh Adinda/Kanda/Junior, dan banyak lagi lah.


Saturday 22 November 2014

Caramelised chicken wing

Hujung minggu ni minggu yg terakhir dok kampung, rasanya. Ikut plan lah.

Hari ni buat kepak ayam madu. Ramai org ada, berbaloi la masak. Err, tapi ramai rupanya minat. Lagi pun kepak je semua tu, bukan besar mana pun. Aku pun dapat rasa setengah ketul. Jadiklah. Diorang kata best. Gigi pun bukan boleh makan makanan yg mencabar sangat ni. Huhuhu...sedih. Terasa satu nikmat Allah dah dikurangkan.

Resepinya mudah je. Asal resepi dak chout yg memang super duper rajin memasak. Sedap plak tu. Tokey red velvet dan kek2 yg sewaktu dgnnya. Dan, tak kedekut resepi. Jadik aku panjang2 kan ilmu dia kongsi ni supaya bertambah2 pahala dia dapat. Tribute utk chout. (Muahaha....dia idup lagi, sugar bugar...)

12 keping kepak ayam dipotong 2
3 ulas bawang putih
1 sudu besar halia ditumbuk
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos cili

1 sudu besar kicap

2 sudu besar minyak

1/4 cawan madu

Panaskan minyak. Tumis bawang & halia. Kemudian masukkan ayam, digaul 5 minit. Masukkan semua sos dan madu. Tutup periuk. Masak dalam 15-20 minit lagi. Kacau sekali sekala sehingga ayam nampak bersalut dgn sos yg pekat dan kering.

Aqil kata lagi sedap dari kepak madu yg dia selalu beli kat pasar malam tu. Lagi jimat (errr...). Tetiba cintanya beralih arah.

Cubalah. Senang & sekejap je siap.




Tips buah melaka lembut

Hari sebelum hari pyampaian hadiah Aqil di sekolah. Start urusan awal pagi hari ni. Sarapan keropok lekor ringan beli kat psr mlm semalam. 30 ketul RM5. Aqil suka. Makan sampai habis gorengan pertama sebelum pergi sekolah. Adam buat alasan nak sarapan maggi sbb kata keropok lekor tu tak sedap. "Adam suka keropok lekor yg keras". Ewah ewah, yg semalam beriya mkn keropok lekor tu jugak kat pasar malam tak ingat... Alasan.

Dah lepas sidai baju baru start projek buah melaka. Tips bagi lembutnya senang je. Resepi macam biasa cuma tambahkan keledek rebus sikit. Gaul dgn tepung pulut dan sikit garam. Balutkan gula melaka yg dipotong kecil dan dibulat2 kan. Terus masukkan dlm air panas. Bila masak, ia akan timbul. Gaulkan dengan kelapa yg digaul sikit garam.

Cubalah. Memang lembut.

Thursday 20 November 2014

Majlis 3 in 1

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Cuak gak nak tgglkn lagi Aliah. Tapi sbnrnya lebih kpd rasa kesian tgk mak letih nak jaga cucu dia. Ni kali ke2 Aliah kena tinggal. Isnin lepas sbb pergi klinik gigi. Gigi geraham sakit. Bukan kaviti tapi retak, menanti belah...huhuhu. Sedih.

Sampai on time. Nampak Aqil dok borak ngn cikgu dia. "Mak saya dtg, tapi lambat sikit". Pastu nampak kelibat aku memerhatikan dia. Jelas nampak wajah girang. "Haaa...tu mak saya dah sampai....ibu!" Sambil tersenyum simpul. Nampak la lesung pipit dia, dengan gigi depan yg jarang.

Tiba2 dgr pengumuman "pn Salwa ada?" Err, ingat nak dok blkg sekali terbantut. "Sila duduk di depan ye." Hisssh... Dlm hati: oooo betul la kena naik pentas ni jap lagi bgi hadiah kat Aqil. Alaaa, sape nak tlg snap gambar jap lagi ni... Nasib baik tak lama lepas tu cikgu syed hussain (mcm kenal je cikgu ni, tapi kat mana tak ingat) tu myerah diri dok sebelah aku. Hehehe.

Dah darjah 1 Amal, kelas pun yg pertama...akulah yg first parent yg kena naik. Dah bgi hadiah kat Aqil, aku pun pusing la nak turun. "Eh puan, tlg sampaikan hadiah utk yg lain sekali ye...." Guru besarnya ckp. Errrrkkkk. Patah la balik ambil position. Isk isk.

Apa pun, syukur. Nampak Aqil enjoy. Moga terus dia teruja dgn proses pembelajarannya. Jauh lagi perjalananmu nak.


Saturday 15 November 2014

Projek biskut hari ke2

Projek biskut hari ke2 sekejap je. Pukul 9 dah siap, cuma tunggu nak bakar je ni.

Teringat semalam Aqil buka cerita kat ustazahnya. "Ustazah, hari ni mak sya buat cupcake. B utk blueberry, N utk nut. V utk vanilla je. C utk choc." "Iye? Bestnya. Mana cupcakenya". "Ada kat umah".  "Laaa, lain kali bwk la. Bole ustazah rasa. Mesti sedap".

Kesian ustazah. Aqil yg membuat laporan aktiviti ibunya di rumah.

Adakah projek biskut pun akan dilaporkan?

Projek biskut hari 1

Dari smlm dah mgumpul bhn utk buat biskut famos amos. Blend siap2 quaker oat. Grate chocolate bar. Senang pepagi lagi dah bleh start projek.

Lps mandikan Aliah pastu tidokan dia...maka projek pun bermula. Sempatlah canaikan biskut & bakar.  Sejam pastu Aliah bgn, dia pun join mmbakar biskut kat dapur.

Adam ikut daddy g kebun. Blk tu daddy ngn atuk buat laporan kerenah adam. Daddy kata adam tu penakut, 5 minit je tinggal main air dah bising...kecoh konon nak tenggelam dlm air la (sedangkan kaki tu susah nak jln dlm selut je), ye lah, ari ni beraksi solo, takde geng. Abg takmo join.

Atuk plak kata Adam citer dia dah besar nanti nak dok kat umah nenek ni.  Sbb dia yg selalu tlg atuk bersihkn kebun (yg sekangkang kera depan tu?). Bersihkan ke tgk atuk yg bersihkn? Siap komplen lagi org lain asyik tgk tv je. Cesss.

Hah, teringat nak citer apa lagi kuih yg mak buatkan utk memenuhi kehendak anak dia yg sorang ni. Bubur sum2. Pernah mkn? Sedap. Lemak masin pastu mkn ngn air gula halia. Muahhhh...

Resepinya ialah tepung beras je ngan santan dikacau atas api sampai likat dan berkilat. Jgn lupa ltk garam sikit. Dah pekat tu letak dlm mangkuk utk disejukkn. Utk air gulanya, larutkn gula melaka ngn potongan halia. Siap dimakan.

Friday 14 November 2014

Projek chef

Dlm hari mak layan je apa yg aku sebut kekonon terasa nak mkn. Tapi mmg betul la teringin. Bukan mgidam masa mgandung tapi mgidam nak rasa air tgn mak. Mak masa kitorg kecik mmg rajin sgt buat kuih muih...la la ni gak tringt camana mak dok menebar roti canai buat sarapan pepagi pakai dulang ok! Zaman ni mana ada lagi. Org2 seangkatan aku je la merasa keunikan ni, dan mak2 yg rajin lyn anak nak mkn apa pun.

Memula dpt mkn kuih sagu yg merah/ijau disalut kelapa. Sagu tu dibasuh & ditos. Sementara tu masak air gula dicampur daun pandan. Tgh mak msk tu adam bleh tanya neneknya, "bau mcm kuih yg bwh putih atas ijau je nenek (seri muka la tu). Hihi, pandai eh cekap deria bau dia part bau pandan tu. Tapi kuih apa, salah la. Dah mdidih, masukkn sagu & sentiasa dkacau sehingga pekat dan berkilat. Yg ni aku tlg la sementara Aliah tdo. Fuh..smkn pekat smkn berat. Mak tlg pgg dapur tu spy x gerak2.

Dah berkilat sagu tu dmasukkn dlm bekas utk dsejukkn. Pastu potong & gaul dgn kelapa diletakkn garam sikit.

Ini semua resepi tader timbang2. Terlebih air, jadi lembik. Org lama pandai. Kita? Huhuhu...

Ok nanti aku citer kuih lain pulak di lain post. Nak mandikan Aliah.

Thursday 6 November 2014

Perjalanan malam Rasulullah SAW

Suatu mlm Rasulullah SAW sedang tidur di sblh Kaabah. Tetiba terasa ada sesorg mengejutkannya. Ia adalah malaikat Jibril. Ada bersamanya adalah seekor binatang bersayap bernama Buraq.

Nabi Muhammad SAW mnunggang Buraq & kmudian Jibril mbawanya ke Jerusalem. Apabila mereka smpai d Jerusalem, mereka pergi ke Masjid Al Aqsa. Lantas Rasulullaah SAW bsembahyang di sana.

Dari sana, mrk pergi ke syurga. Trdpt byk malaikat mundar mandir d sana. Semuanga trsenyum kpd Rasulullah SAW, kecuali Malik, penjaga neraka.

Nabi Muhammad SAW btanya kpd Jibril, "Bolehkah kamu minta Malik mnunjukkan neraka kpdku?" Jibril pun meminta Malik mlakukan sedemikian, dan apabila Malik mengalihkan penutup neraka, api yg marak melonjak ke udara!

Dari sana, Jibril membawa Rasulullah SAW ke syurga yg lebih tinggi.& bertemu nabi2 terdahulu.

Jibril membawanya ke Firdausi. Di sana Rasulullah SAW bersemuka dengan Allah. Kemudian baginda kembali ke Mekah.

Monday 3 November 2014

5 perkara itu?

Kekadang kita alpa. Panas yg disangka sampai ke petang, tup2 ujan panas plak turun. Abis kalau tak bawak payung, basah le...tak pun dok la tunggu sampai ujan berhenti sbb mak selalu pesan jgn main ujan nanti sakit kepala. Itu pesan mak.

Pesan Rasulullah SAW, "Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara: sihat sblm sakit, kaya sblm datangnya masa sempit (miskin), masa lapang sblm tiba masa sibuk, masa muda sblm dtg masa tua dan masa hidup sblm tiba masa mati". (Riwayat al Hakim & al Baihaqi).

Masa yg berlalu takkan dapat diulang kembali. 

Aura dan bola kristal

Selalu kita diingatkan agar berfikiran positif. Tak elok bersangka buruk, dlm erti kata lain. Ada betulnya. Sehingga byk penulisan yg mempopularkan 'law of attraction' yg pd dasarnya menyatakan, bila kita positif, ia akan menarik perkara yg elok2 sahaja.

Cth, bila nak cari parking kat midvalley di hujung minggu yg biasanya kita boleh berpusing2 kat situ aje hampir sejam, masih x dpt juga tmpt. Sakit hati kan? Tapi kalu kita +ve, fikir mesti ada kete yg akan kluar jap lgi, di mana adkualah tmpt kosong utk kita...dan ajaibnya mmg betul pastu ada tmpt kosong.  Ajaib sgt lah..

Tup2 teringat pasal AURA. Terkenang masa rajin join program 'rakan muda' dedulu. (Oops, generasi skrg mmg tak tahu menahu psl program glamer ni ye, sori...) Ada program apatah lps spm aku rajin join. Kena tdo dlm 2 hari kot kat tmpt tu, huiii... Nasib baik bapak aku bagi plak...yeay...

Tak ramai yg join sbb limited seat, dlm 20+ je. Aku ngn sorg mamat ni yg paling muda. Lelain tu lbh tua. Syiok la program ni secara keseluruhannya. Tapi yg plg aku ingt, (yg lelain tu dah kabur je...maklumlah, byk urat yg dah putus) masa ada sorg fasilitator ni citer pasal aura & kejayaan. Dia kata setiap org ada aura tersendiri, dan ia jadi faktor penarik kejayaan (lebih kurang inilah yg aku ingat).

Korang pernah tengok bola kristal yg ada mcm cahaya kilat tu, kalau kita sentuh, kilat2 tu lebih terang? Haaaa...fasi tu guna benda yg lebih kurang mcm tu la. Dia panggil beberapa peserta utk berikrar ttg apa yg nak dicapainya, pastu rapatkan tangan pada bola tu (bukan sentuh). Dlm bbrp org tu, aku last dipanggil dan akhirnya aku dpt tepukan gemuruh. Bila turn aku, meriah kilat kat bola tu. Fasi tu kata aura aku mmg kelaassss.  Kelas sangat la kan...

Pokok pangkalnya, apa yg kita percaya dan yakin dlm diri...biasanya akan berlaku seperti apa yg dgambarkn dlm minda kita.

Cth, klu masuk klas matematik dgn tanggapan awal matematik ni susah, maka susahlah ia. Sbb, blom apa2 lagi dah set dlm kepala yg ianya susah. Sedangkan ada cara/teknik mudah yg mungkin cikgu math tu bleh tunjuk ajar. Tapi, dah otak dah set sbg susah, pastu layan pulak member sebelah borak2... Memang confirm la SUSAH math tu.

#bila kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan...bila kau fikirkan kejayaan, kau hampiri kemenangan... (Ingat tak lagu ni?)

Saturday 1 November 2014

Bubur vs puasa Asyura

Sedap kan kalau dapat makan bubur Asyura? Meriah bila 'org masjid' sibuk memasak bubur Asyura.  Tapi meriah lagi bila berduyun2 yg beratur nak ambik bahagian masing2. Tapi ada gak yg tak reti menikmatinya.  Tekak lain2.

Itu bubur. Yg lebih utama sebenarnya puasa yg

Friday 24 October 2014

Senyuman yg hilang

Siapa dapat menduga apa yg tersirat di lubuk hati yg dalam. Hanya Dia yg mengerti. Tiada siapa bisa memujuk lara kalbu. Bukan kerana alpanya semalam, mahupun kelmarin. Lama sudah ia menebal. 

Rasa kesal kerna tak bisa mengikis kerak itu, dek rasa kerdil diri yg menghantui. Runtun jiwa atas hak yg hilang atas khilaf yg lalu.

Di sana, hati pun terusik. Sunyi menanti. Tiada yg menyapa. Kaku. Si nakhoda bingung anak kapal membisu. Mana silapnya. di bahu mana mahu ditumpang. 

Sekali lagi, rasa kesal menghimpit. 

Bilahan kipas perlahan berhenti. Akur. 

Si kecil ditatap. Anak syurga itu.

Ya Allah, moga kesudahannya baik.

Salam Awal Muharam 1436

Dah sebulan takde post baru. Boring jadi pasif ni, dah biasa byk aktiviti yg
boleh dibuat. Huh, ada aje nak komplen kan. Dapat rehat pun komplen, tak dapt rehat, lagi la byk komplennya kot. Hihi, manusia.

Sementara tunggu si kecik ni siap nak mandi,    layan blog jap. Cepat betul masa berlalu. Dengan hiruk pikuk khidupan harian, tup2 Aqil dah nak periksa hujung tahun. Isk3, tahun depan Adam pulak join geng 'bas sekolah'. (Walaupun x de naik bs). Ntah camana aku nak handle hiruk pikuk pagi nk ke sekolah tu. Errr, boleh ke?

Ni dedua hero tader, ikut daddy g kebun nak bgi ikan makan je. Maknanya sekejap je dan tader terjun sungai dlm agenda petang ni. Pastu mummy nak ajak diorg g cowboy shopping batang penyapu (kah kah kah). Dan agenda seterusnya ke surau memeriahkan majlis menyambut tahun baru islam.

Moga tahun baru ni lebih baik dari sebelumnya (perangai kita lah...biar lebih baik..tak usah diharap org lain berubah...lebih baik kita je berubah untuk lebih 'berhikmah')

Wednesday 24 September 2014

Tips kemas beg nak travel (tak semestinya oversea, balik kampung pun boleh)

Azam hari ni ialah untuk siapkan marking.  Tapi semalam tido tak sampai 5 jam.  Marking pulak kena baca essay bebudak ni.  Aduhhhhh....  Kejap kang tengok email.  Kejap lagi tengok jawapan budak ni...err...boleh bagi markah ke ni?  Pastu kerling pulak kat marking scheme.  Err... tak boleh bagi markah penuh ni.  Tapi boleh la bagi sikit sebab masih ada possible reason yg diberikan, cuma tidak termaktub dalam marking scheme.  Ok....Dah 60 minit duduk mengadap rupanya (terasa macam 6 jam :P)

Jejalan kejap.

Pastu teringat masa yg semakin suntuk.  Huh, keje opis belom siap.  Keje2 domestik pun tak terkejar sbb balik dah flat giler.  Dalam pada tu nak jugak buat hobi menjahit yg menghilangkan stress tu.  Dan pada masa yg sama teringat barang2 nak balik kampung pun blom packing.  Terbayang2 banyaknya barang yg nak dibawa, ada kat bilik belakang, ada yg kena kumbah dalam stor kecil, ada yg kena buat (nak buat 2 bantal baru nak tido + cadar katil king kat umah mak tu), ada yg blom susun.  Aduh....macam orang tamak semua benda nak...tapi bukan dapat senang...semua tu kena buat sendiri.  Sendiri.

Ok...berenti, Makan kurma 2 biji.  Sambung marking balik.  Selepas 10 minit rehatkan minda.

54 minit kemudian... teringat nak kena pergi sekolah Aqil pulak.  Hmmm...

Ok.  Setel.

Ni terjumpa masa layan facebook.  Camana nak mengoptimakan beg nak bawak balik kampung.









Selamat mempraktiskan tips ni.







Saturday 20 September 2014

Projek baru PENCIL CASE

Sumber inspirasi projek kali ni?  Pencil case Aqil yg mummy belikan dah rosak satu poketnya.  Abis, setiap kali carik gantinya, tader yg macam yg mummy belikan tu (souvenir dari Ausie).  Yg besar mcm tu, yg ada byk poket pun tader.  Dahlah mahal.  Macam tak logik je harganya (dah la kecik je, tak sebesar yg Aqil punya) Abih, kalau agak2 besar macam yg Aqil punya tuh, ntah berapa ringgit la. Dah puas carik, memang tak jumpa ok.  Yg saiz normal dijual (& mahal tu) tader poket pulak tu....


Maka hari ni, sambil berfikir2, sambil buat itu dan ini... akhirnya berjayalah.  Dapatlah menghasilkan pencil case ni.  Tapi, errr.... dgn gambar love semua ni...macam untuk gegirl je pulak kan.  Ok, nanti kita cari fabrik baru khas untuk Aqil. 

Besar 30cm x 18cm/12" x 7"


Berminat ke?  Boleh dapatkan maklumat lebih lanjut tentang corak lain yg ada, harga pengenalan, kapasiti, dan yg paling penting: macam mana nak ORDER di sini



Wednesday 17 September 2014

Ibu jadi anak2 semula

Semalam kena jaga periksa.  Macam2 gelagat dalam dewan periksa tu.  Tapi yg mula2 sekali, nampak ayam jantan sekor (budak lelaki rambut pendek kecuali bahagian atas yg panjang diikat macam pokok kelapa yg selalu kita buat kat bebudak perempuan - dan bahagian itu sahaja yg berwarna merah). Pelik citarasa fesyen diorang ni.  Sambil jalan-jalan, nampak pulak sorang budak perempuan dengan tabiat biasa kita lihat - gigit kuku.  Tapi yg menambah keenakkan kuku yg ditelan kali ni, kuku dia semuanya ada 'kwiteks'/cat kuku tu, warna warni pulak tu.

Sejam lepas periksa bermula, barulah bebudak ni boleh pergi tandas.  Fuhhhh....tak sempat lagi pukul 10am, dah ada yg buat muka sedih + terdesak sangat la nak pi tandas.  Pastu, mula lah bersusun sampai kena beratur 4 ke 5 orang nak ke tandas.  Yang pelik bin ajaib tu, budak lelaki yg ramai sangat.  Setahu aku, budak lelaki ni yg selalunya tunjuk macho boleh tahan tak ke tandas berjam2 lamanya, tak macam perempuan.  Orang yg mengandung pun tak sampai loghat macam diorang ni haaa... Ada sorang tu, dalam masa 1 jam setengah, 2 kali beratur nak gi tandas lagi.  Cehhhh... (ko bukan tak tau jebat, yg masuk ni dah 7 kali aku nak terkucil jebat....hahahaha - dialog si sudin dlm seniman bujang lapok)

Oklah, itu intro jek.  Pos kali ni sebenarnya nak citer pasal keperluan dan kemestian mak bapak mengikut perkembangan anak2 yg membesar.  Itu motif asal pos ni.  Nak citer macam mana Aqil asyik dok tanya soalan2 tentang apa yg dipelajarinya di sekolah.  Makna2 perkataan2 ni tak payah cerita la, baik bahasa melayu, mahupun bahasa inggeris....dah puas jadi kamus bergerak budak tu dah. Adakalanya menyerah kalah jugak, sebab susah nak diberikan perkataan yg sama erti tapi masih dalam jangkauan pemahaman seorang budak kecil seusianya.  Kekadang berakhir dengan lebih banyak perkataan baru yg membuatkan dia lebih musykil.  Hahahaha...bukan semua orang boleh jadi cikgu yg berjaya ye.  Jadi, hargailah cikgu/pendidik anak2 kita ni - mereka memang berbakat dan berkebolehan menyampaikan ilmu kepada si cilik dengan teknik yg lebih mudah dan sesuai dengan peringkat umur anak2 ini.  Jangan la berlagak sebab kononnya sebagai ibu bapa, kita ni lebih berpangkat tinggi alkisahnya, berpendidikan lebih tinggi arakiannya,...dan BERUANG lebih gamaknya, maka hidung pun lebih tinggi terjungkit2.  Bila disuruh mendidik si cilik, ibu bapa yg terlebih hebat ni adakalanya boleh dapat darah tinggi sebab tiada kemahiran/skill yg diperlukan untuk pendidikan awal kanak2.

Soalan Aqil yg terbaru "Ibu, malaikat Malik tugas buat apa?"  Errrr.....termenung sejenak ibunya.  Jap, jap, Malik...Mikhael... yg mana satu turunkan hujan ye.  Argggh....ilmu tauhid ibu pun dah makin berkarat.  Dah lama tersimpan tak berusik.  Hmmmm.... dalam dewan periksa tu lah aku menggoogle lagi.  Macam kes kerja rumah Aqil BM pasal kata nama am dengan kata nama khusus aritu.  Kata nama khusus senang la... yg kena guna huruf besar tu.  Kata nama am, nak terangkan macam mana?  Abah la yg kena bertugas.  Dah dia yg dok main game depan laptop dia tuh, suruh dia google.  Alhamdulillah, ada jugak manfaatnya internet ni.

OK.  Meh sharing:  10 nama malaikat yg wajib diimani.
1.  Jibrail: menurunkan wahyu kepada rasul
2.  Mikhail: menurunkan hujan dan rezeki kepada makhluk yg hidup
3.  Malik: menjaga pintu neraka
4.  Ridhwan:  menjaga pintu syurga
5.  Mungkar:  menyoal mereka yg sudah meninggal di dalam kubur.
6.  Nakir:  menyoal mereka yg sudah meninggal di dalam kubur.
7.  Raqib:  mencatat amalan baik di bahu kanan
8.  Atid:  mencatat amalan jahat di bahu kiri
9.  'Izrail:  mencabut nyawa
10.  Israfil: meniup sangkakala di hari kiamat.

Sumber untuk rujukan lain tentang ilmu tauhid, ilmu muamalat, jinayat, ilmu munakahat, etc . www.al-azim.com



Monday 15 September 2014

Cuti sekolah datang lagi

Cepat betul masa berlalu.  Dah hampir hujung tahun.  Dengan kes kertas periksa BI & Sains UPSR yg bocor la.  Bebannya rasa jadi pelajar sekarang.  Terlalu exam oriented, hinggakan ada yg sanggup membayar untuk mendapatkan competitive advantage kononnya berbanding calon periksa yg lain. Takkan pulak budak2 12 tahun tu ada kuasa membeli kan?  Secara logiknya yg mereka yg dewasa dan 'matang' lah menjadi dalang sehingga ada kes kebocoran ini semua.  Tiada permintaan, manakan datang penawaran... Yg menjadi mangsa yg paling ketara?  Budak2 12 tahun seantero negara. Adusss...

Bila cuti2 sekolah macam ni, mulalah dialog rutin Adam.  Esok cuti kan?  Hari ni cuti kan? Kita cuti panjang kan?  Boleh tak kita balik kampung?  Yg cuti budak2 sekolah dan cikgu2 sekolah.  Ibu tak cuti ok?  Muncung la bibir Adam.

Boleh tak main game kat laptop?  Tak boleh.
Kenapa tak boleh?  Sebab ibu kerja.
Tapi masa cuti kan selalu ibu kata boleh main?  Itu hujung minggu je.
Alaaaaa.....

Hmmm.... kena belajar katakan tidak sekali sekala.  Supaya mereka hargai apa yg mereka dapat. Tarik keistimewaan yg diberikan jika mereka tidak memenuhi kriteria tertentu, melanggar peraturan (biasanya bila dah start bergaduh tu...masa yg terbaik la untuk tarik balik keistimewaan yg diberikan) dan tidak mengikut syarat2 yg ditetapkan.

Nanti kita buat program2 cuti2 sekolah di rumah aje la ye.  Balik awal sikit dari biasa supaya lebih banyak masa bermain di rumah sebelum waktu tidur.  Waktu tidur tetap sama ye.  9:00pm.  Hehehe... Ibu yg dah abis energy level sebenarnya.  Jadi, semorang kena tidur la, apa lagi.  Abis, besok nak kena bangun pagi jugak, walaupun tak ke sekolah kan?

Mudah2an semua sihat2 belaka di musim cuti ni agar mereka seronok dan taklah monyok je.

Thursday 11 September 2014

Alternatif terbaik susu lembu

Tengah buat kerja2 yg memerlukan konsentrasi ni, waktu tu la terasa mengantuk.  Geleng2 kepala. Jalan2 kejap. Duduk balik.  Cuba fokus.  Fuhhh....tak berjaya juga.  Ok, Mari mencoret kat blog la kejap.  Nak citer pasal resolusi terbaruku.  Minum susu kambing.  Puas cuba telan susu pelbagai jenis, yg perisa original, yg perisa oren la...apa la...errr... akhirnya terbengkalai juga.

Bagi orang macamku yg masa sangat la terhad, setelah menggunakan khidmat encik google.  Maka terjumpa susu kambing yg kononnya tak hamis, dan yg sangat menarik hati ialah susu ni ada ekstrak makanan sunnah yg sama macam dalam produk Qaseh.  Ahaa..... keluarlah mentol kat kepala ni.

Cuba la sekotak.  Huh...not bad!  Memang sodap.  Sonang je diminum takyah tahan2 nafas segala. Dan ada pulak budak kecik yg kalau nampak je gelas ni (memang minum pakai gelas ni, senang sukat 180ml), mulalah tersenyum2 mintak disuap.  Sekarang layan beli borong je.  (Jimat la sikit kan)

Ni lah produknya.  Baru 8 bulan di pasaran.  Tapi alhamdulillah mendapat sambutan hangat.  Aku pas kat member suruh cuba.  Benda baik, apa salah dikongsikan kan.  Memang diorang terpikat, terutamanya yg sekapal dengan aku (tak boleh nak telan susu lembu).
Banyak dah testimoni yg boleh dikongsi untuk mereka yg mengamalkan NGM8 ni.  Tapi bagi aku, biarlah 2 ni dulu (tunggu yg lain di pos yg akan datang).
1.  Kaki tak kejang lagi waktu lewat pagi (doktor kata tak cukup kalsium).
2.  Pi toilet setiap hari dan urusan bisnes memang mudah.  Dengan erti kata lain, susu ni mudah hadam dan membantu urusan2 dalaman usus besar.

Isk2...kecik sangat pulak info tentang ekstrak makanan sunnah ni.  Bila besarkan gambar, tak jelas pulak tulisannya.  Ok, kat bawah ni la manfaat2 nya ye:
1. Kismis:  Menganduingi zat besi, potassium, magnesium, kalsium serta vitamin B1, B3, dan B6.  Sangat bagus untuk pelajar.  Melindungi hati, memulihkan keletihan saraf.

2. Kurma:  Pantas diproses dan diserap oleh badan.  Memberikan tenaga segera kepada badan.  Baik untuk wanita mengandung dan bersalin.  Mengandungi potassium dan zat besi.  Juga boleh digunakan sebagai penguat memori.

3. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, ubat segala ubat.  Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas.  Membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.

4. Saffron/Za'faran: Membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, mencerdaskan minda (sesuai untuk pelajar), melancarkan pengaliran darah, mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan keletihan, menambahkan selera makan kanak-kanak.

5. Habbatussauda: Menguatkan sistem imunisasi badan.  Menurunkan kadar gula dalam darah.  Menstabilkan tekanan darah tinggi atau darah rendah.  Mencegah kanser.

6.  Buah Zaitun:  Rawatan kulit dan rambut.  Melambatkan penuaan, merawat radang perut.  Mencegah kanser dan serangan jantung.  Mengandungi Vitamin E.  Merendahkan kolesterol jahat.

7. Buah Delima: Anti-oksidan, melindungi jantung, menurunkan kadar kolesterol dan meningkatkan kolesterol baik.  Memperlambatkan penyakit Alzheimer, bagus untuk wanita mengandung untuk memperoleh anak yg cerdas.

8. Buah Tin:  Mengandungi Kalium, Kalsium, Omega 3 dan Omega 6, meningkatkan memori otak, mencegah anemia, mengurangkan riskio kanswer payudara.


Nanti kita bercerita lagi...

Saturday 6 September 2014

Resepi Puding Karamel aka General Terbalik

Kali ni nak share resepi puding karamel yg selalu dijumpai di bazar ramadhan dgn harga sepotong dari RM1.50 ke atas.  Setakat ni tader yg nampak menyelerakan.  Tiada yg seperti resepi mak.  Tapi mak panggil puding ni 'general terbalik'... kenapa general tak tau la....tapi part yg terbalik tu sebab bila dah siap puding tu diterbalikkan.  Itu yg nampak coklat kat atas tu.  Yg coklat tu sebenarnya gula hangus.

Alkisah Ramadhan kali ni, cuma sempat buat sekali je.  Hehehehe....  Meh tengok resepi mudahnya.

Bahan2:
Bahan A
3 biji telur
1 cawan susu segar/susu isian
1 cawan gula pasir (untuk yg suka yg kurang manis, 3/4 cawan gula pun dah ok)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter

Bahan B
1/2 cawan gula pasir untuk dijadikan gula hangus.

Cara membuatnya:
Campur semua bahan kecuali butter.  Pukul sehingga sebati, pastikan gula dah larut.  Tak perlu lama sangat.  Lagipun kita tak nak bancuhan tu berbuih, nanti berlubang2 puding...aiyya tak best la.  Ini bukan kek sarang semut.  Tapi, kalau berbuih jugak, guna  tapis ye.  Masukkan dalam bekas yg boleh dikukus yg dah diletakkan gula hangus.

Cara buat gula hangus senang sahaja.  Panaskan gula sampai cair dan bertukar perang pekat. Jgn lama sangat kalau tak bukan jadi gula hangus tapi gula hangit.  Sementara masih panas tu, sapukan bekas yg nak diletakkan bancuhan A tadi dengan butter (agar mudah keluar bila diterbalikkan) dan letakkan gula hangus yg masih panas tadi.

Berbalik kepada bancuhan A tadi, sekarang bolehlah dipindahkan ke dalam bekas yg dah ada gula hangus tadi.  Akhir sekali letakkan sesudu butter di tengah2 bancuhan itu dan kukuskan selama 30 minit.  Seelokknya api sederhana sahaja agar cantik bila siap.

Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais.  Bila nak makan barulah diterbalikkan dalam pinggan leper agar mudah dipotong.

Tips nak basuh bekas yg ada gula hangus tadi:  Guna air panas, nanti gula yg keras kat bekas tu akan cair dan mudah dibersihkan.

Selamat mencuba.

Wednesday 3 September 2014

Resepi Kek Batik

Sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan majlis sambutan hari raya, perbincangan ibu bapa taska, yg musim convocation la.... bla bla bla.  Jadi, bila melibatkan jamuan, cuba juga la untuk menyumbangkan sedikit sebanyak untuk menghargai jemputan dan penat lelah hos majlis.  Jemputan pertama buat makaroni goreng je.  Jemputan kedua, tempat yg sama terlintas nak buat kek batik yg dah bertahun lamanya tak buat.

Itu pun mak yg suruh buat masa raya Aidilfitri yg lepas ni.  Ni dah masuk musim orang nak pergi haji pulak. Teringatlah nostalgia lama.

Kejap lagi nak pergi workshop yg diaturkan untuk budak2 ni.  Nak menumpang 'semangkuk' lepak dengar dan menimba ilmu.  Zaman dedulu mana ada diorang ajar guna software untuk buat kerja2 audit ni semua.  Ada peluang, baiklah kita aturkan untuk pelajar2 ni supaya mereka lebih bersedia untuk pasaran kerja akan datang...insyallah.

Bahan2 untuk kek batik:
1 cawan milo
1 cawan koko (van houten memang best)
1 cawan gula
1 cawan air
1 ketul butter (250gm saiz biasa tu - kalau tak silap ye)
1 biji telur
1 kati biskut marie (hahaha....memang terbuktilah ini resepi zaman tok kaduk, ok nak dipermudahkan satu bungkus biskut marie paket komersil tu, kalau tak silap lebih kurang 275gm.  Biskut ni dipatah2kan dua)

Mudah je cara membuatnya.  Campurkan semua bahan dalam periuk yg agak2 besar sebab nak masukkan juga biskut di akhirnya.  Kacau atas api sederhana sehingga bancuhan tadi menjadi pekat.  Tips nak tau waktu yg sesuai untuk dimasukkan biskut marie ialah bila bancuhan tadi dah mula mengeluarkan minyak. Jadi gaulkan sebati biskut marie agar semuanya bersalut coklat dan padamkan api.  Cepat2 masukkan dalam bekas yg sesuai untuk ditekan2 agar mampat dan tersusun cantik biskut2 bila dipotong nanti.  Semua ni mesti dilakukan semasa masih panas.

Gunalah plastik + kain untuk menekan2 acuan tu ye.  Tunggu betul2 sejuk baru boleh dipotong.

Senang je.  Dalam 20 minit dah siap.  Cuba lah.

Wednesday 23 July 2014

Persiapan raya

Lagi 3 hari Ramadhan yg mulia akan meninggalkan kita.  Muncul pulak Syawal.  Leganya?  Tapi sayang pulak Ramadhan dah berakhir.  Hmmm....

Time macam ni la ibu2 (dan bapak2 jugak ke?) sibuk membuat persiapan terakhir.  Semua risaukan anak2nya cukup ke baju raya (berapa pasang yg cukup?), kuih raya yg memula bersemangat nak buat, tapi bila dah berpuasa - rasa tak larat pulak.  Jadik, nak yg 'tunjuk' je la.  Cukup ke bekas kuih raya aritu?  Kena beli baru ke?  Langsir tak tukar lagi.  Kusyen tu siapa pulak nak tolong bukak dan pasangkan yg baru.  Alas meja yg baru beli aritu letak kat mana ye?  Bila nak basuh baju baru budak2 aritu?  Err, bila nak seterika ni?  Tahun ni buat ketupat original ke buat nasi impit je?  (Reti ke nak buat sarung ketupat?) Dan lagi...dan lagi..

Tapi yg paling menarik bila pergi beli barang2 last minit.  Nampak la situasi org membeli bantal?  Ha?  Bantal?  Kena beli bantal raya jugak ke?  Selalunya inilah yg aku nampak bila temankan mak pegi KJ.  Hampir setiap tahun akan nampak makcik2 ni angkut bantal.  Dan seperti biasa aku akan cakap kat mak "yelah, dia nak nyambut menantu dan cucu2 kesayangan dia.  Mestilah beli bantal baru.  Lagi2 yg dapat menantu yg 'class'.  Kadang2 musim raya pun booking hotel dengan alasan anak ramai, tak nak tidur umah mertuanya.  Berbungkus lah bantal baru tu.  Anak2 lain tengok je dari kejauhan bantal yg baru tu tak disentuh pun. 

Ada la hati2 yg terasa...

Adakalanya di waktu2 beginilah ramai yg menjadi lebih sensitif.  Banyak yg terkenang, baik yg dekat mahupun yg jauh di mata.  Hati2 lah bila berkata2.  Adakalanya diam lebih baik.

Salam Aidilfitri.  Raikan seadanya.  Mudah2 sambutannya lebih baik dari yg sebelumnya, penuh kesyukuran.  Masih berpeluang meraikannya di samping yg tersayang.

Salam Maaf Zahir dan Batin.

Friday 18 July 2014

Si Penghutang yg cool



Duit gaji masuk 30hb, 3 hari kemudian tinggallah beberapa ringgit je lagi dalam bank.  Mana taknya, dapat je duit nak bayar ini, nak bayar itu, nak hulur sini, nak hulur situ... Tapi, duit ni kalau banyak mana pun, macam tak pernah cukup je.  Iye tak.  Kadang2 malas nak kira.  Kalau buat budget asyik defisit aje.  Sedih.  Jalan penyelesaian? Carilah sumber pendapatan yg lain.  Makan gaji ni memang begitu.  Berniagalah seperti Rasululllah SAW.  Kecil-kecilan pun cukup.  Ada rezeki, bertambahlah di masa akan datang.  Jangan lupa diiringi doa. "Ya Allah, berkatilah rezeki kami.  Cukupkanlah apa yg kurang.  Golongkanlah kami dalam kalangan hambaMu yg bersyukur"  

Boleh ke berhutang untuk menampung mana yg kurang.  Boleh, tapi jgn lupa hutang pun ada adabnya.  Bila dah berhutang kenalah dicatitkan jumlah, masa pembayaran balik dan sebagainya sebagai peringatan (yg berhutang dan juga pemberi hutang).  Seeloknya dilakukan dengan kehadiran seorang saksi yg adil. Ini sebagai peringatan dan bagi mengelakkan sebarang pertikaian mahupun penganiayaan di kemudian hari tentang butiran hutang tersebut.  Tapi, kita sekarang ni janji pakai mulut je.  Pastu jadi bergaduh.  Siapa yg nak dipersalahkan?


Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: "Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
 
Kekadang terlintas di fikiran ni, kenapa org yg berhutang ni selalu nampak ‘cool’ je.  Terlupa ke dia yg dia tu masih menanggung hutang.  Nampak ok je.  Senang je hati dia.  Eh, boleh seronok2 pulak nampak ber’shopping’, ber’cuti2’ Malaysia segala? 

Ada satu riwayat tentang anak Omar bin Khattab yg pulang dari sekolah sambil menangis.  Ketika ditanya oleh ayahnya, anak itu menjawab: “Teman2 di sekolah menghitung tampalan bajuku dan mengejekku.  Kata mereka, lihatlah anak Amirul Mukminin bajunya bertampal2 seperti ini.”

Mendengar pengaduan anaknya itu timbullah rasa kasihan dalam hati Omar terhadap anaknya.  Oleh kerana itu beliau mengirim sepucuk surat kepada Bendahari Negara, meminta agar beliau dipinjamkan wang 4 dirham dengan jaminan gajinya bulan depan dipotong.  

Maka Bendahari Negara itu mengirimkan surat jawapan yg berbunyai: “Wahai Omar, adakah engkau sudah dapat memastikan bahawa engkau akan hidup sampai bulan depan?  Bagaimana kalau kau mati sebelum membayar hutangmu?  Apa yg akan kamu perbuat terhadap hutangmu itu di hadapan Allah?”

Membaca surat itu maka Omar tersungkur menangis, lalu berkata kepada anaknya: “Pergilah engkau wahai anakku ke sekolah sebagaimana biasanya kerana aku tidak dapat memperhitungkan umurku walaupun sejam lagi.”

Tapi kita ni, macam ‘confident’ je akan hidup sampai tua (itu pun ada yg tak sedar diri tu dah tua, :P ).  Macam ‘confirm’ je kita akan sihat dan kuat.  Menangguh segala sesuatu tugas, macam kita ni akan ‘free’ dan tak sibuk esok lusa.  Macamlah harta kekayaan kita itu kekal selamanya.  Menangguh2 pembayaran hutang pun berdosa.  Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 lagi perkara.  Bila yg berhutang tu meninggal dunia, haaa....lagi la haru.  Tahukah si waris akan hutang piutangnya (kecil mahupun besar).

Yg meminjam barang pun sama la jugak perkiraannya.  Masa meminjam tu, bukan main lagi janji manisnya, "dah settle je nanti aku pulang balik ye..."  amboi, lepas tu ...eh, eh, macam harta dia pulak.  Takkan lupa kot?  Adoiiii.....yg tuan punya pulak yg segan nak mintak balik.
 
Oklah...tak teringat.  Iyelah, biasalah….kita ni sekadar manusia…yg selalu lupa.  Sebab itu, bila teringat tu, segerakan. Jangan ditangguh2.

Surah Al Asr, Ayat 1-3 “Demi masa!  Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.  Kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh dan berpesan2 kpd kebenaran dan berpesan2 kpd kesabaran.”

Wednesday 16 July 2014

Si Aji Bakhil

Selalu kita dengar label/rungutan  tentang org2 yg dikategorikan macam ni kan?  Memang betul.  Ramai orang macam ni.  Dengan orang lain bukan main pemurah lagi.  Macam si haji bakhil.  Alasannya? Macam2 yg diberikan.  “Dapat pahala tolong orang ni…”  Abis, tolong saudara sendiri atau keluarga terdekat ni takde pahala ke?  Ada yg boleh menjawab "Bukan dapat pahala, tapi dapat bala".  Hemmmm, yelah, susah nak dikomen kalau tak tahu hujung pangkal cerita & pengalaman org yg dah lalui peristiwa pahit hingga jadi serik nak menolong saudara sendiri ni.  Jadi, saya pun tak mau komen lebih.

Mari kita tengok ‘ranking’ 4 jenis pahala:
1.       Sedekah yg mendapat 10 pahala ialah pemberian makan pada fakir miskin.
2.      Sedekah yg mendapatkan pahala sampai 70 adalah sedekah yg diberikan kpd keluarga terdekat.
3.       Sedekah yg mendapat pahala 700 ialah sedekah yg diberikan kpd kawan2 dan sahabat.
4.      Sedekah yg sampai mendapat pahala 7,000 ialah sedekah yg diberikan kepada org yg mencari ilmu.

Rasulullah SAW bersabda:  “Barangsiapa yg mempunyai harta maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yg mempunyai ilmu maka bersedekahlah dgn ilmunya, dan barangsiapa yg mempunyai tenaga maka bersedekahlah dengan tenaganya.” 




Pelbagai cara untuk bersedekah, bukan dgn wang ringgit semata2.  Pun begitu, jgn disamakan sedekah dengan tanggungjawab yg wajib.  Yg wajib itu perlu dilunaskan terlebih dahulu.  Umpama pahala puasa yg wajib di bulan ramadhan pun akan tergantung jika solat 5 waktu itu pun masih terkandas. Begitu jugalah dengan tanggungjawab kerja di pejabat misalnya mahupun tanggungjawab nafkah atas tanggungan kita (anak isteri, ibu & bapa yg memerlukan, anak saudara kita yg diabaikan bapanya, kucing yg dipelihara di rumah…. Lihatlah sekeliling, siapa lagi jatuh bawah tanggungan kita)  Jangan sampai yg wajib itu terabai, tapi bukan main ligat bersedekah di luar.

Saturday 28 June 2014

Rezeki ditentukanNya

Ada beberapa kali aku pernah terlintas untuk membeli sesuatu yg terlihat di pasar/kedai tapi tidak meneruskan niat di hati dan sekadar meneruskan perjalanan.  Tapi bila balik ke rumah, tup-tup barang yg sama sudah pun dibeli bapak ataupun mak.  Kebetulankah itu?  Tiada yg kebetulan.  Semuanya telah tertulis.  Seperti bayi yg berusia 4 bulan dan masih dalam kandungan, telahpun tertulis rezekinya, baik buruknya, susah senangnya.  Pun begitu, kita masih diberikan peluang untuk mengubah segala sesuatu kecuali ketentuan ajal.  Berdoa dan berusahalah.

Ada ketikanya bertemu rakan-rakan setelah sekian lama tak bertemu.  Soalan biasa yg diajukan: "Berapa ramai dah anak?"  Dan kemudian disusuli pula komen yg memang biasa sangat didengar: "Hah? Itu pun tak cukup lagi ke?"  Aku rasa aku mengerti apa yg menjadi kegusaran di hati mereka.  Mampukah?  Allah sahaja yg lebih mengerti dan lebih mengetahui.

Kisah 1:
Imam Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya bagaimana dia mendapat rezeki dengan masuk ke dalam gua yg tiada makanan.

Tiba-tiba segerombolan pedagang tersesat jalan dan apabila hujan turun, mereka berteduh di dalam gua.  Seorang daripada mereka bertanya: "Siapa engkau hai hamba Allah?"  Soalan itu tak dijawab.  Rakannya tanya lagi: "Mungkin dia lapar."  Mereka kemudian membuka makanna, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

2 drpd pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dgn menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata:  "Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah memberi rezeki kepada hambaNya di mana sahaja berada dan bagaimanapun keadaannya."

Kisah ke2:
Kisah berkisar tentang Ibrahim Adhan yg penat setelah berburu dan duduk sambil memotong roti yg dibawanya.  Tiba2 hinggap seekor burung sebesar burung gagak yg didepannya mematuk potong roti dan membawanya terbang.  Ibrahim bersa hairan dengan kejadian itu dan serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan.  Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yg menimpanya.

"Saya adalah pedagang yg dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari.  Dengan demikian tahulah saya bahawa Allah SWT tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan."  katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Rezeki itu bukannya terletak pada wang ringgit sahaja.  Pohonlah keberkatan, itu yg lebih utama.  Amalkan ayat seribu dinar.

Z

Sembilan lawan Satu

Setelah suami Rabiah al Adawiyah meninggal, maka Hasan Bisri dan teman-temannya datang ke rumahnya dan dipersilakan masuk.  Kemudian ditutup Rabiah tabir dan dia duduk di belakangnya seraya berkata: "Siapa yang paling pintar antara kalian maka dia adalah suami saya."  Maka mereka menjawab: "Hasan al Bisri".  Rabiah: "Bila dapat menjawab pertanyaanku maka aku adalah milikmu."

Hasan segera berkata: "Tanyalah semoga aku dapat menjawab".

Rabiah: "Apabila aku mati dan keluar dari dunia, apakah aku nanti keluar dengan beriman atau tidak?"

Hasan:"Itu masalah ghaib dan tidak seorang pun yg mengetahui kecuali Allah."

Rabiah: "Bila aku terletak di ruang liang kubur dan ditanya Malaikat Munkar dan Nankir, apakah aku nanti dapat menjawab atau tidak?"

Hasan:  "Itu juga hal yg ghaib dan tidak ada yg mengetahui kecuali Allah."

Rabiah:  "Apabila orang yg telah dikumpulkan di hari Kiamat diberikan kepada mereka catatan amalan masing2, dengan tangan kananku atau tangan kiriku kah aku akan menerima catatan amalanku?"

Hasan:  "Itu pun barang ghaib juga."

Lalu Rabiah berkata:  "Hai Hasan, barang siapa tidak dapat menjawab empat pertanyaan yg saya ajukan jangan berfikir untuk dapat mengahwini saya."

Kemudian Rabiah berkata untuk terakhir kalinya: "Hai Hasan, dalam berapa bahagiankah Allah mencipta akal?"

"Sepuluh bahagian, sembilan untuk lelaki dan satu untuk perempuan", jawab Hasan.

Rabiah:"Dalam berapa bahagiankah Allah mencipta syahwat?"

Hasan:  Sembilan bahagian untuk wanita dan satu bahagian untuk lelaki."

Rabiah: "Hai Hasan, aku dapat menguasai sembilan syahwat dengan satu bahagian akal, sedang kamu pihak lelaki tidak dapat menguasai satu bahagian syahwat dengan sembilan akal yg kamu dapat."

Dan keluarlah Hasan dari rumah Rabiah dengan tangis dan air mata yg bercucuran.

Jangan mudah menghukum seseorang individu sebagai pendek akal...

Siapa kita untuk melabel cantik atau sebaliknya?

Laju aje mulut mengkritik itu dan ini setiap kali melihat sekeliling kita kan? 

Ada suatu kisah Nabi Nuh A.S. Nama asalnya bukanlah Nuh, tapi sesuatu nama lain yg tidak banyak diketahui, meskipun Allah menyebut nama Nuh dalam dalam Al Quran.

Nuh bermakna raungan atau tangisan yg berterusan. 

Pada suatu hari apabila seekor anjing yg sangat ganjil lalu dihadapannya, Nabi Nuh A. S. pun menyuruh anjing bermata empat itu berhenti depannya dengan agak kehairanan.

Nabi Nuh: " Wahai anjing, aku lihat muka kau ini begitu hodoh, mata engkau empat tidak seperti anjing yg lain.  Mengapa jadi begini?|

Anjing itu pun menjawab: "Kau tanyalah siapa yg menjadikan aku.  Kau fikir aku yg menghendaki mukaku hodoh begini?  Tanyalah Tuhan yg menjadikan aku dan juga yg menjdadikan engkau?"

Nabi Nuh A.S. pun meraung (menangis) mendengarkan jawapan anjing hodoh itu.  Ia menangis tak henti-henti.  Terasa benar kesalahannya mengkritik kejadian Tuhan.  Dia meraung dan meraung lagi beberapa lama kerana menyedari dosanya itu.  Tidak henti-henti dia memohon keampunan daripada Allah. 

Sejak itu namanya pun dipanggil Nuh (raungan) dan kekallah namanya Nabi Nuh diabadikan dalam Al Quran dan diampunkan dosanya oleh Allah.

Fikir sejenak sebelum berkata2.

Saturday 7 June 2014

Boleh ke selamatkan gigi kekal yg tercabut?

"Kakak, kita ada program anak angkat kat sini"  "Hah?"  Dalam hati, terdetik comot sangat ke aku aritu sampai pegawai kesihatan tu cakap gitu.  :P

Arakian, Amirah pun jadilah anak angkat klinik kesihatan bahagian pergigian.  Huh?  Klinik pun ada program gitu rupanya.  Tader la sampai budak tu kena tidur situ ke apa... tapi setiap 6 bulan Cik Amirah kenalah buat check up gigi (kita pun kan memang kena buat check up setiap 6 bulan kan...).  Objektif supaya kanak2 rasa selesa pergi jumpa Dr Gigi, diajar gosok gigi cara betul, etc sehingga umurnya 4 tahun.  OK la tu.

Sementara menunggu giliran tu ternampak satu poster tentang bagaimana nak selamatkan gigi kekal yg tercabut, terutamanya kanak2 yg sangat aktif dalam pelbagai aktiviti adakalanya menyebabkan gigi kekal mereka tercabut, tapi tiada kerosakan pada gigi tu (semuanya dalam keadaan yg baik).

Panduannya mudah:
  • Jangan sekali2 pegang akar gigi tersebut, pegang bahagian atas gigi (koroner gigi kalau tak salah)
  • Cuci dengan air yg mengalir 
  • Simpan dalam air susu segar UHT (boleh tahan 1 jam), atau dalam air liur (tahan selama 30 minit).
  • Segera berjumpa DR Gigi untuk diletakkan balik gigi tersebut dalam soket gigi.


Thursday 5 June 2014

Membiasakan anak tidur sesudah Isyak

Biasakan anak tunaikan solat Subuh tepat pada waktunya bererti membiasakannya boleh bangun lebih awal.  Dan untuk bangun lebih awal, dia juga harus tidur lebih cepat. 

Jika sesorang anak Muslim sudah boleh membiasakan diri untuk menunaikan kewajipan agamanya, bererti dia melaksanakan tabiat yg baik dan sihat, di mana jasmani dan rohaninya turut kuat.  Gas ozon yg membentuk struktur 3 jenis atom oksigen, banyak tersebar di udara pada waktu pagi subuh.  Gas tersebut akan menambah aktiviti sel2 yg hidup dan akan membunuh pelbagai jenis penyakit.  Jika anak terbiasa menghirup gas seperti ini, makan akan menguatkan struktur tubuhnya tanpa dia sedari, padahal yg dia kerjakan ialah sekadar menunaikan kewajipan solat.

Hakim meriwayatkan hadis sahih, bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Jauhilah berbincang2 setelah keheningan malam, kerana kamu tidak tahu apa yg dilakukan oleh Allah SWT kepada makhlukNya"

Tambahan manfaat bangun pagi ialah menambah rezeki.  Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah berkunjung ke rumah Fatimah pada pagi hari, dan baginda mendapatinya sedang tidur.  Maka baginda pun bersabda: "Bangun!  Dan saksikan rezeki daripada Tuhanmu".

Jadi, tak usahlah jadi kutu embun dan jgn sampai subuhmu subuh gajah.

Sumber: Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah oleh Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid

Monday 26 May 2014

Mari berkungfu dengan kuey teow (resepi chef Arm)



Kuey Teow Kungfu

Bahan A
400 gm kuey teow
5 biji telur [ dipukul]

Bahan B
100 gm udang basah [buangkan kulit]
150 gm ayam [dihiris]
1 biji panjang fish cake [potong nipis]
3 ulas bawang putih [dicincang]
100 gm brokoli [dipotong]
100 gm bunga kobis [dipotong]
100 gm Lobak merah [potong kecil dan panjang]
5 tangkai baby corn
2 sudu besar minyak masak
2 s/b tepung jagung ]
1 cawan air             ] bancuhkan
1 cawan air rebusan ayam
2 s/b sos tiram
1 s/b lada sulah
garam
minyak

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak dan goreng kuey tiow yang telah digaul bersama telur dalam kuantiti sikit [satu portion untuk 1 pinggan] hingga agak garing. Ketepikan.
2. Tumis sedikit bawang putih hingga agak garing dan masukkan ayam, udang dan fish cake.
3. Masukkan air rebusan ayam bersama lada sulah, sos tiram, baby corn dan lobak merah.
4. Masukkan tepung jagung yang telah dicampur air dan kacau-kacau supaya tepung tidak bergentel.
5. Campurkan brokoli dan bunga kobis. Tutup api dan kacau.
6. Tuang kuah ke atas kuey tiow dan hidangkan. Sedap dimakan panas-panas