Friday 31 January 2014

TIPs Teknik tepuk bantu masalah bayi berkahak

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.

Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.


Wednesday 29 January 2014

10 Tips kegunaan CUKA dalam rumah

Beli yg murah je, byk pilihan
1.   Sinki sumbat: Masukkan ½ cawan baking soda terlebih dahulu diikuti 1 cawan cuka.  Biarkan seketika (5 minit) sebelum dibilas dengan air panas.
     2.   Getah pada tape yg melekat pada permukaan dinding: Semburkan sedikit cuka, biarkan seketika dan lap bersih.
   3. Bau busuk pada tong sampah: Letakkan cuka pada roti dan dibiarkan semalaman dalam tong sampah.
    4.   Pembersih pelbagai fungsi di dapur & bilik air: Campurkan air pada 1/3 botol yang diisi cuka serta sedikit pencuci pinggan mangkuk untuk sebarang tujuan pembersihan.
5.    Perangkap lalat: Letakkan Apple Cider Vinegar (sejenis cuka masak) dalam bekas yg ditutup dengan plastic dan dilubangkan untuk memerangkap lalat masuk. 
Apple Cider Vinegar: Banyak jenama ada

6.    Baju yg berkedut2: 1 bahagian cuka & 3 bahagian air untuk disembur pada baju tersebut.
7.   Kucing yg suka cakar sofa, tempat duduk motor, beg dan sebagainya: Semburkan campuran cuka pada tempat berkenaan.
8.    Bunga segar tahan lebih lama: Masukkan sedikit Apple Cider Vinegar dalam air di pasu.
9.    Bersihkan cermin mata: Semburan campuran air & cuka putih pada cermin mata untuk dilap.
10. Kuali dengan kotoran degil: Panaskan kuali tersebut dengan 1 atau 2 cawan cuka putih.  Didihkan selama 5 minit.

Tuesday 28 January 2014

Tupperwareku & 6 sebab untuk minum air

Sila fokus kat botol air besar tu je
Semalam berjaya tukar botol air yg multicolour tu (badan itam, tutup turqoise, pemegang ijo) sebab dah buruk sangat.  Baguskan polisi Tupperware, boleh tukar bila rosak (disebabkan pemakaian yg kerap je ye, bukan sebab kena makan tikus).  Jadi, memang berbaloi2 beli barangan Tupperware sebab jaminan seumur hidup.  Cari je mana2 stokis yg berdekatan dengan kita, bawak je terus barang dan mintak tukar.  Body botol air tu elok lagi, jadi takde la ditukar.  Walaupun nampak cam colourful sangat, tapi nasib baik diorg ada parts yg diperlukan tu.  Satu sen pun takyah kuar.  Tak payah risau nak bawak resit masa kita beli zaman tok kaduk dulu ye.  Best gitu.  

Sila abaikan 2 buah limau tu, dan meja yg semak tu.  Banyak keje, tak boleh nak kemas sebab semua benda pun nak pakai...bersepahlah semuanya.

Ok, isu yg nak dikongsikan kat sini ada manfaat minum air. Kenapa kena minum air banyak2?
1.  Menyeimbangkan cecair dalam badan.  60% tubuh badan kita adalah air yg membantu fungsi penghadaman, penyerapan, pembentukan air liur, pengangkutan nutrien & mengekalkan suhu badan. 

2. Bantu kawal kalori sebagai strategi mengurangkan berat badan.  Logiknya bila makanan dengan kandungan air yg tinggi nampak lebih besar, perlukan lebih usaha untuk mengunyahnya, dan diserab secara lebih perlahan oleh tubuh, yg menyebabkan kita rasa kenyang.  Makanan yg kaya dgn air adalah buah2an, sayur2an, sup, oatmeal & kekacang.

3. Air membantu memberi tenaga pada otot.  Kalau tak otot jadi lemah.  Lagi2 kalau kita sedang bersenam.  Minum air 2 jam sebelum bersenam.

4. Kulit lebih menyerlah.  Kulit yg kering dan berkedut boleh diperbaiki dengan pengambilan air yg berpatutan.  (Jgn pulak minum air bergelen2 dgn harapan semua kedut tu hilang.)

5. Bantu buah pinggang berfungsi lebih baik terutamanya untuk menghantar bahan buangan keluar daripada sel2 badan.  Senang nak tau cukup air ke tak.  Tengok urin (air kencing) tu kalau tak kuning sangat dan kurang berbau, kira ok la tu.  Kalau sebaliknya...faham2 la ye.  Jangan sampai kurang sangat minum air, boleh menyebabkan batu karang.

6. Membantu fungsi pembuangan najis & elak sembelit.





Tips bantu minum air secukupnya?
  • Sentiasa bawak botol air dalam beg, kereta & letak kat meja.
  • Banyakkan makan buah2an, sayur2an & makanan yg berkuah.

Monday 27 January 2014

Punca gusi berdarah

Hari ni pegi jumpa doktor gigi.  Bukan gigi sakit pun.  Tapi bila gosok gigi, ada darah...aiyyyo... risau gak.
Kalau senyum + gigi cantik..

Dari tahun lepas lagi nak pergi jumpa, Rutin. Kenalah sayang gigi ni kan...kang kena pakai gigi palsu pulak.  Tapi, .... (hahaha...mode nak bagi alasan kenapa tak sempat.).  Ok, tak payah la terangkan kenapa dah skip jumpa doktor gigi tahun 2013 ye.  

Nasib baik doktor kata tader rosak pun, takde kena tampal dan apa2 yg sewaktu dengannya.  Cuma dia terangkan punca kenapa gusi boleh berdarah - adakalanya sebab karies gigi, toksin, kuman dan yg sewaktu dengannya menyebabkan gusi bengkak.  Bila gigi digosok, maka darah pun keluar.

Nasihatnya mudah.  Teruskan rutin penjagaan gigi yg baik (apa lagi...gosok gigi selalulah), 2 kali setahun gi lah jumpa diorg cuci gigi (skaling) - sebab kita ni kekadang gosok gigi macam kad touch-n-go (dah tu, ada budak comel yg terjerit-jerit depan pintu bilik air tu kan?  boleh ke gosok gigi dengan aman dan tenteram?).
Kumur2 dgn mouth wash ni..30 saat.

Kalau nak mantap sikit, top up la mouth wash tu sekali (eloknya beli yg jual kat dentist sebab mouth wash yg diorg rekomen tu lebih sesuai (mild je).  Yg jual kat kedai/farmasi tu terlebih 'pedas'...tak tahan nak kumur lelama...jap je pastu buang. Cesss...dah lah mahal.  Pastu takleh kumur lelama.  Rugi wooo..


Baca lebih lanjut ye

Friday 24 January 2014

DIY Projek DRAGON BALL & mandi pagi

Hujung minggu je liat nak mandi walaupun dah bangun sebelum subuh (dah biasa bila hari2 sekolah kan).  Jadi, tipsnya mudah.  Kenalpasti je apa yg budak2 tu suka buat.  Jadikan 'minat' diorang tu sebagai ganjaran mandi awal (kan senang boleh basuh baju cepat, kering cepat, lipat cepat...kalau sempat lipat la). 

Projek DRAGON BALL?  Hehehe...macam gah aje projeknya.  Projek buat sarapan sendiri sebenarnya.  Dragon ball tu?  Cekodok.  Nape namanya gitu?  Errr...itu nama yg diletakkan oleh chef yg cipta resepi tuh.  Cik Oya bebudak tuh.

Dragon ball yg dah siap dan dah pun digigit tu
Bahan2nya mudah je...macam cekodok biasa. 
Tepung gandum, garam/gula.


Sukatan?  Ikut keperluan la ye.  Campak je ikut rasa.  Kalau nak yg manis letak gula.  Kalau tak lebihkan garam je.  Dah gaul rata baru letak air panas.
Ini rupanya bila letak air panas. 





 
Nampak jari jemari tu?  Itulah jari budak yg tak sabar2 nak start projek Dragon Ball dia tu.  Jangan diikutkan sangat, kena bagi sejuk sikit sebab kita guna air panas tadi kan?  Haaa...belajar sikit untuk katakan TIDAK pada bebudak ni.  Barulah diorg mengerti bukan semua kemahuan diorg tu pasti mak bapak diorg penuhi.  Pandailah dia menghargai sesuatu bila dah dapat.
Aktiviti gotong royong bermula.  Semua AJK terlibat.



Dah boleh dibentukkan bulat bulat cam bola.  Ikut la besar kecik diorg kan.  Tengok si kecik sekali tu pun nak join.  Dia pun sama golek2kan tangan dia macam abang buat walaupun tader tepung kat tangan.  Praktis la tu.. Sementara diorg buat, dah boleh panaskan minyak sebab aktiviti gotong royong ni sekejap je siap.  Pastu goreng.  Takyah lama2 sebab adunan tu dah separuh masak.


Maka, objektif projek telah tercapai.  Semua org dah pun mandi, sama2 tolong menolong kat dapur, dan yg kelasnya.... apa org kata...refining kids motor skill (hahaha...cakap omputih tuh).

Thursday 23 January 2014

Bagaimana warna memberikan kesan kepada si kecil


Kajian saintifik mendapati pendedahan kepada warna2 tertentu boleh memperbaiki tabiat tidur, meningkatkan kuasa memori malah meningkatkan pencapaian akademik - faedah yg cukup bagus bagi minda dan tubuh yg sedang berkembang kan?

MERAH dikatakan menambah rasa teruja dan menambah tenaga pada badan, menaikkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan pernafasan.  Kononnya menambahkan kebolehan atlit.  Ada juga dikatakan menyebabkan kita lebih agresif, tak boleh fokus dan kekadang pening.  Ada jugak yg kata pendedahan warna merah boleh menyebabkan prestasi akademik anak terjejas.  Iye?

BIRU pulak terbalik.  Biru menenangkan minda dan tubuh.  Menurunkan tekanan darah, degupan jantung menjadi lebih perlahan, pernafasan pun.  Jadi mungkin kanak2 yg asyik meragam atau susah nak tidur boleh lah diletakkan dalam bilik yg dicat warna biru.  Lebih tenang.  

Tapi biasanya kajian2 ni membuat kesimpulan berdasarkan segelintir sampel, dan kemudian disesuaikan kepada semua (generalization).  Kita kena ingat respon/tindakbalas psikologi sangat unik dan personal.  Pilihan warna kesukaan kita bergantung pada kita kan?  Mungkin si kecil kita suka merah, tak payah la risau sangat dengan dapatan (findings) kajian ni semua.   Jangan lupa, setiap individu itu berbeza.

Adam & bekas alas air


Terasa nak bagi kelainan pada aktiviti hujung minggu, dan cuba tengok macammana budak2 ni respon pada aktiviti baru - mewarna pakai water colour pulak. 
Aqil & papan telur








Aqil nampak lebih tekun, buat sampai habis depan dan belakang.
Aqil tolong Adam siapkan projek Adam

Inilah hasilnya


 

Saturday 18 January 2014

Hobi MUDAH

Saja2 buat mengisi masa lapang yg kadang2 tak berapa nak ada... tapi bila lagi nak manfaatkan masa bersama anak2 kan, dengan hasil yg pasti menjadi.
Tambah je telur + mentega pada tepung tu = biskut PASTI sedap
Doh biskut

Siap
Modify biskutnya jadi cawan, letak filling coklat...slurpp
 Tepung Amazing Almondkiss Cookies yg siap dibancuh pada bila2 masa walaupun bukan musim perayaan.  Banyak lagi cookies yg boleh digayakan daripada tepung ni...nampak menarik kan? Tapi memang sedap, rangup dan ringan.  Takkan tak jadi punya!  Ajak si kecil tolong sekali...sekejap je siap.

Sebaik-baik air di muka bumi

Terlalu banyak khasiat air zam zam.  Secara ringkas khasiatnya disimpulkan berdasarkan hadis2 berikut:

(i) Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Sebaik2 air di muka bumi ialah air zam zam.  ia merupakan makanan yg mengenyangkan dan penawar bagi penyakit".

(ii) Drpd Ibn 'Abbas r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Air zam zam sesuai dengan niat orang yg meminumnya, apabila engkau meminumnya sebagai ubat, semoga Allah akan menyembuhkanmu, apabila engkau meminumnya untuk mengenyangkan, semoga Allah mengenyangkan kamu, apabila engkau meminumnya untuk menghilangkan dahaga, semoga Allah menghilangkannya.  Air zam zam ialah galian Jibril dan merupakan curahan minuman daripada Allah kepada nabi Ismail a.s.

(iii) Drpd Hammam, drpd Abu Jamrah al-Dhuba'i, ia berkata: "Aku duduk bersama Ibn 'Abbas di Makkah, tatkala aku ditimpa demam, Ibn 'Abbas mengatakan: "Dinginkanlah dengan air zam zam kerana Rasulullah telah bersabda: "Sesungguhnya demam  adalah dari panas Neraka Jahannam, maka dinginkanlah ia dengan air atau air zam zam."

Air zam zam juga memiliki kandungan ion-ion yg seimbang.  Kandungan kalsium dan magnesiumnya jika dibandingkan dengan air biasa jauh lebih tinggi.
Baca lebih lanjut

Air zam zam ada dipek & dijual dalam botol 100 ml (RM5), 350 ml (RM10) & 10 liter (RM120).


Friday 17 January 2014

DIY Homemade plastesin

Bila ada budak kecik yg suka masukkan barang dalam mulut, kena lah pastikan barang mainan abang2 & kakak2 nya tidak bersepah, terutamanya yg kecik2 tu.  Barang mainan yg hampir pasti akan dimasukkan dalam mulut tu pun kalau boleh biarlah 'selamat'.


Bahan2 yg diperlukan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan garam (untuk tahan lebih lama)
1 cawan air
1 sudu teh pewarna makanan (ikut la warna kegemaran)
1. Air + tepung+garam

Gaulkan semua bahan kecuali pewarna yg akan diletakkan kemudian sehingga berbentuk doh (macam nak buat doh karipap).
   
2. Jadikan 2 bahagian doh tepung
3. Letakkan warna pillihan pada doh
4. Dah siap plastesin yg lebih selamat
Bila budak2 tu dah puas main, simpan dalam plastik dalam peti ais.  Keluarkan bila nak main lain kali.  Kalau diorg main sekuat hati sampai kering playdough tu, tambah je sikit air dan uli balik.  Dah lembap dan seronok main macam baru buat.

Thursday 16 January 2014

Fabrik English Cotton sarung POLKA DOT NURSING PILLOW

Sarung berzip boleh dibasuh
Senang kalau ada lebih daripada satu sarung bila nak basuh.
Kod Big Small Blue Black 01

Kod Big Small Maroon 01


Kod Colourful Blue 01

Kod Colourful Pink 01

Kod Growing Light Blue 01

Kod Growing Purple 01


Ada 2 kupang tu supaya boleh la dibayangkan besar mana polka dot pada fabrik tu.  Warna adakalanya berbeza drpd yg sebenar disebabkan faktor2 teknikal (cahaya, display computer, etc).  Terutamanya kod big small blue black dan kod big small maroon tu tetiba warnanya nampak cair je.

Kain English Cotton ni memang best sebab sejuk (dan tak 'lari-lari' bila letak atas lantai sebab tak licin).  Pilih je mana yg berkenan ye.

Saiz POLKA DOT NURSING PILLOW

Dari depan: JUNIOR, ORIGINAL, LOOSE & JUMBO
1. Yang mana satu untuk menyusukan si kecil? ORIGINAL.  Saiz yg sedang2 saja.  Lebar 24 inci bersamaan 61 cm.
2. JUNIOR RM35

1. ORIGINAL RM60
2. JUNIOR untuk si kecil sendiri.  Bermula dari newborn sampai la dia besar.  Bila dah besar JUNIOR boleh jadi neck pillow.  Lebar 15 inci bersamaan 38 cm.
3. LOOSE RM70
3. LOOSE untuk plus size mommies. Kalau tak boleh pakai baju free size, sama la kesnya dengan nursing pillow ye.  Bukaan pinggang yg lebih luas untuk lebih selesa bila menyusukan si comel. 
4. JUMBO RM80

4. JUMBO tak berapa sesuai untuk menyusukan si comel melainkan si kecil itu memang kecil, halus dan mulus masa lahir.  Kalau tak, pakai je ORIGINAL.  JUMBO best buat bantal baring2 masa tengok TV.  Memang syok.  Anggaran lebar 27 inci bersamaan 69 cm.

Melegakan sakit belakang mama

Kenapa mama selalu sakit belakang? 
Sakit belakang (Low back pain) adalah lumrah bagi ibu mengandung.  Antara puncanya adalah pertambahan berat badan, perubahan ligamen dan juga otot, malahan kedudukan bayi juga memberikan tekanan kepada tubuh si ibu. 

Sakit belakang ini biasa dialami si ibu terutamanya pada semester ke 2 dan ke 3.  Akan dirasai lebih kerap pada lewat petang ataupun ketika si ibu sedang berbaring.

Tapi janganlah runsing sangat, ianya akan hilang selepas si ibu bersalin.
Tips bagi mengurangkan rasa tak selesa pada tri-semester ni?
Macam ni la kalau dah mengandung kan?
1. Postur badan perlu diperbetulkan.
 1. 'Mommy-to-be' sekalian, perbetulkan postur anda ye bagi mengurangkan masalah sakit belakang tu.
ORIGINAL POLKA DOT NURSING PILLOW di pejabat.
2(a). Demo duduk bantal bawah
  2.Letakkan ORIGINAL POLKA DOT NURSING PILLOW di belakang semasa duduk bagi memberikan kelegaan.

3. Tidur mengiring sebelah kiri (bagus untuk bayi dalam tu dan juga si ibu - pengaliran darah lancar). Gunalah ORIGINAL (ok, yelah...mana2 bantal berbentuk semi-bulat pun boleh lah) apabila si ibu ingin berbaring. 

Caranya, baring mengiring (on your LEFT side) dan letakkan bantal di antara kedua kaki si ibu...pasti terasa lega. Oh, letakkan di bahagian lutut ok? Huh, memang lega.

2(b). Demo duduk posisi berbeza - masa pantang pun bagus.


TIPs & PANDUAN

Sinki siapa sumbat lagi atau air turun pun perlahan je? Letak SODA BIKARBONAT dalam semangkuk air baru mendidih. Tuang dalam sinki, biarkan 5 minit. Lepas tu tuang air panas. Siap. Air mengalir lancar.  Penyelesaian yg praktikal berbanding beli sinki clogger yg biasa dijual (dah lah mahal) kekadang tak settle jugak masalah sinki sumbat.
Mudah, murah & praktikal

Mesti ada yg pertama untuk segalanya

Semalam Aqil dengan gembiranya menunjukkan buku pertama yg dipinjamnya dari pusat sumber sejurus selepas dia buat kad perpustakaan (bayar seringgit ye) kat sekolah. 
Buku 24 mukasurat terbitan 1999

Novel Tarbiyah terbitan penghujung 2013
Ibu pun masa kecik2 selalu gak pergi perpustakaan pinjam buku, memang tak beli lah kan.  Sehinggalah bila seorg sahabat sekolah menengah mula menjinakkan diri dalam dunia penulisan novel tarbiyah, lain dari yg lain.  Maka ibu pun beli lah untuk dijadikan hakmilik kekal. 

Moga tabiat membaca dapat dipupuk dari kecil akan memberi manfaat dalam proses menimba ilmu.

Kepelbagaian fungsi POLKA DOT NURSING PILLOW - Mobile (boleh bergerak2..huh? bila diangkat la)

Memang berbaloi bila ada POLKA DOT NURSING PILLOW ni.  Jom citer satu persatu kegunaan lain POLKA DOT NURSING PILLOW selain daripada menyusukan si kecil di rumah. 

Temanya adalah MOBILE POLKA DOT NURSING PILLOW.

1. Bawak la ke mana2 sahaja anda pergi.  Jadik, letak je dalam kereta untuk perjalanan jauh mahupun dekat. 
1. ORIGINAL yg selesa.
2. JUNIOR@neck pillow


2. JUNIOR sebagai aksesori kereta bila tak digunakan jadi neck pillow.

3. Si kecil jika tidur terlentang, seeloknya dibedung bagi mengelakkan dia mudah terkejut.  Kalau tak dibedung, cuba letakkan bantal JUNIOR (ringan je, si kecil pun boleh angkat/tolak).  Sama juga fungsinya.

3. JUNIOR - kurang rasa terkejut & lebih lena.
4. Boleh la juga dibuat 'alat mainan' supaya mama boleh memandu dengan lebih aman.
4. JUNIOR - alat mainan?