Sunday 13 April 2014

Membiasakan anak supaya menjaga rahsia

Perlu ke didik mereka agar menjaga rahsia?

Rasulullah S.A.W. juga memberikan perhatian terhadap perkembangan anak dalam hal kemampuan menjaga rahsia, kerana yg demikian itu akan membawa kebaikan bagi anak itu sendiri sekarang mahupun pada masa akan datang.  Untuk apa?  Bagi keselamatan keluarga dan bermanfaat bagi menjaga keutuhan masyarakat.

Anak yg boleh menjaga rahsia akan tumbuh mempunyai kemahuan yg kuat sehingga kepercayaan masyarakan akan tumbuh terhadapnya kerana boleh menjaga rahsia sebahagian mereka daripada yg lain.

Imam Muslim meriwayatkan daripada Abdullah bin Ja'afar bahawa beliau berkata: "Pada suatu ketika, Rasulullah S.A.W.  memboncengku di belakang beliau, kemudian beliau menyampaikan suatu rahsia kepadaku yg tidak akan aku katakan kepada sesiapun pun."

Hadis Anas R.A. berkenaan khidmat yg dia berikan kepada Nabi S.A.W. sehingga dia terlambat pulang.  Ibunya bertanya:  "Apa yg membuatmu terlambat?"  Dia menjawab, "Rasulullah S.A.W. mengutusku untuk melakukan suatu keperluan."  Ibunya bertanya lagi: "Urusan apa itu?" "Rahsia," jawabku.  Ibu Anas kemudian berkata kepadanya: "Jangan sampai kamu memberitahukan rahsia Rasulullah S.A.W ini kepada sesiapa pun!"

Dengan demikian, ibu yg cerdik ini telah memberikan pelajaran bagi kaum ibu seluruhnya berkenaan mendidik anak untuk boleh menjaga rahsia.

Jadilah teladan yg baik kepada mereka.  Bukan sekadar menyatakan kepentingan menjaga rahsia pada si anak tetapi pada masa yg sama update/upload status yg sewajarnya menjadi rahsia keluarga pada umum.

Fikir2kan.

No comments:

Post a Comment