Wednesday 3 September 2014

Resepi Kek Batik

Sibuk setiap hujung minggu memenuhi jemputan majlis sambutan hari raya, perbincangan ibu bapa taska, yg musim convocation la.... bla bla bla.  Jadi, bila melibatkan jamuan, cuba juga la untuk menyumbangkan sedikit sebanyak untuk menghargai jemputan dan penat lelah hos majlis.  Jemputan pertama buat makaroni goreng je.  Jemputan kedua, tempat yg sama terlintas nak buat kek batik yg dah bertahun lamanya tak buat.

Itu pun mak yg suruh buat masa raya Aidilfitri yg lepas ni.  Ni dah masuk musim orang nak pergi haji pulak. Teringatlah nostalgia lama.

Kejap lagi nak pergi workshop yg diaturkan untuk budak2 ni.  Nak menumpang 'semangkuk' lepak dengar dan menimba ilmu.  Zaman dedulu mana ada diorang ajar guna software untuk buat kerja2 audit ni semua.  Ada peluang, baiklah kita aturkan untuk pelajar2 ni supaya mereka lebih bersedia untuk pasaran kerja akan datang...insyallah.

Bahan2 untuk kek batik:
1 cawan milo
1 cawan koko (van houten memang best)
1 cawan gula
1 cawan air
1 ketul butter (250gm saiz biasa tu - kalau tak silap ye)
1 biji telur
1 kati biskut marie (hahaha....memang terbuktilah ini resepi zaman tok kaduk, ok nak dipermudahkan satu bungkus biskut marie paket komersil tu, kalau tak silap lebih kurang 275gm.  Biskut ni dipatah2kan dua)

Mudah je cara membuatnya.  Campurkan semua bahan dalam periuk yg agak2 besar sebab nak masukkan juga biskut di akhirnya.  Kacau atas api sederhana sehingga bancuhan tadi menjadi pekat.  Tips nak tau waktu yg sesuai untuk dimasukkan biskut marie ialah bila bancuhan tadi dah mula mengeluarkan minyak. Jadi gaulkan sebati biskut marie agar semuanya bersalut coklat dan padamkan api.  Cepat2 masukkan dalam bekas yg sesuai untuk ditekan2 agar mampat dan tersusun cantik biskut2 bila dipotong nanti.  Semua ni mesti dilakukan semasa masih panas.

Gunalah plastik + kain untuk menekan2 acuan tu ye.  Tunggu betul2 sejuk baru boleh dipotong.

Senang je.  Dalam 20 minit dah siap.  Cuba lah.

No comments:

Post a Comment