Saturday 6 September 2014

Resepi Puding Karamel aka General Terbalik

Kali ni nak share resepi puding karamel yg selalu dijumpai di bazar ramadhan dgn harga sepotong dari RM1.50 ke atas.  Setakat ni tader yg nampak menyelerakan.  Tiada yg seperti resepi mak.  Tapi mak panggil puding ni 'general terbalik'... kenapa general tak tau la....tapi part yg terbalik tu sebab bila dah siap puding tu diterbalikkan.  Itu yg nampak coklat kat atas tu.  Yg coklat tu sebenarnya gula hangus.

Alkisah Ramadhan kali ni, cuma sempat buat sekali je.  Hehehehe....  Meh tengok resepi mudahnya.

Bahan2:
Bahan A
3 biji telur
1 cawan susu segar/susu isian
1 cawan gula pasir (untuk yg suka yg kurang manis, 3/4 cawan gula pun dah ok)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter

Bahan B
1/2 cawan gula pasir untuk dijadikan gula hangus.

Cara membuatnya:
Campur semua bahan kecuali butter.  Pukul sehingga sebati, pastikan gula dah larut.  Tak perlu lama sangat.  Lagipun kita tak nak bancuhan tu berbuih, nanti berlubang2 puding...aiyya tak best la.  Ini bukan kek sarang semut.  Tapi, kalau berbuih jugak, guna  tapis ye.  Masukkan dalam bekas yg boleh dikukus yg dah diletakkan gula hangus.

Cara buat gula hangus senang sahaja.  Panaskan gula sampai cair dan bertukar perang pekat. Jgn lama sangat kalau tak bukan jadi gula hangus tapi gula hangit.  Sementara masih panas tu, sapukan bekas yg nak diletakkan bancuhan A tadi dengan butter (agar mudah keluar bila diterbalikkan) dan letakkan gula hangus yg masih panas tadi.

Berbalik kepada bancuhan A tadi, sekarang bolehlah dipindahkan ke dalam bekas yg dah ada gula hangus tadi.  Akhir sekali letakkan sesudu butter di tengah2 bancuhan itu dan kukuskan selama 30 minit.  Seelokknya api sederhana sahaja agar cantik bila siap.

Bila dah sejuk, masukkan dalam peti ais.  Bila nak makan barulah diterbalikkan dalam pinggan leper agar mudah dipotong.

Tips nak basuh bekas yg ada gula hangus tadi:  Guna air panas, nanti gula yg keras kat bekas tu akan cair dan mudah dibersihkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment