Wednesday 17 September 2014

Ibu jadi anak2 semula

Semalam kena jaga periksa.  Macam2 gelagat dalam dewan periksa tu.  Tapi yg mula2 sekali, nampak ayam jantan sekor (budak lelaki rambut pendek kecuali bahagian atas yg panjang diikat macam pokok kelapa yg selalu kita buat kat bebudak perempuan - dan bahagian itu sahaja yg berwarna merah). Pelik citarasa fesyen diorang ni.  Sambil jalan-jalan, nampak pulak sorang budak perempuan dengan tabiat biasa kita lihat - gigit kuku.  Tapi yg menambah keenakkan kuku yg ditelan kali ni, kuku dia semuanya ada 'kwiteks'/cat kuku tu, warna warni pulak tu.

Sejam lepas periksa bermula, barulah bebudak ni boleh pergi tandas.  Fuhhhh....tak sempat lagi pukul 10am, dah ada yg buat muka sedih + terdesak sangat la nak pi tandas.  Pastu, mula lah bersusun sampai kena beratur 4 ke 5 orang nak ke tandas.  Yang pelik bin ajaib tu, budak lelaki yg ramai sangat.  Setahu aku, budak lelaki ni yg selalunya tunjuk macho boleh tahan tak ke tandas berjam2 lamanya, tak macam perempuan.  Orang yg mengandung pun tak sampai loghat macam diorang ni haaa... Ada sorang tu, dalam masa 1 jam setengah, 2 kali beratur nak gi tandas lagi.  Cehhhh... (ko bukan tak tau jebat, yg masuk ni dah 7 kali aku nak terkucil jebat....hahahaha - dialog si sudin dlm seniman bujang lapok)

Oklah, itu intro jek.  Pos kali ni sebenarnya nak citer pasal keperluan dan kemestian mak bapak mengikut perkembangan anak2 yg membesar.  Itu motif asal pos ni.  Nak citer macam mana Aqil asyik dok tanya soalan2 tentang apa yg dipelajarinya di sekolah.  Makna2 perkataan2 ni tak payah cerita la, baik bahasa melayu, mahupun bahasa inggeris....dah puas jadi kamus bergerak budak tu dah. Adakalanya menyerah kalah jugak, sebab susah nak diberikan perkataan yg sama erti tapi masih dalam jangkauan pemahaman seorang budak kecil seusianya.  Kekadang berakhir dengan lebih banyak perkataan baru yg membuatkan dia lebih musykil.  Hahahaha...bukan semua orang boleh jadi cikgu yg berjaya ye.  Jadi, hargailah cikgu/pendidik anak2 kita ni - mereka memang berbakat dan berkebolehan menyampaikan ilmu kepada si cilik dengan teknik yg lebih mudah dan sesuai dengan peringkat umur anak2 ini.  Jangan la berlagak sebab kononnya sebagai ibu bapa, kita ni lebih berpangkat tinggi alkisahnya, berpendidikan lebih tinggi arakiannya,...dan BERUANG lebih gamaknya, maka hidung pun lebih tinggi terjungkit2.  Bila disuruh mendidik si cilik, ibu bapa yg terlebih hebat ni adakalanya boleh dapat darah tinggi sebab tiada kemahiran/skill yg diperlukan untuk pendidikan awal kanak2.

Soalan Aqil yg terbaru "Ibu, malaikat Malik tugas buat apa?"  Errrr.....termenung sejenak ibunya.  Jap, jap, Malik...Mikhael... yg mana satu turunkan hujan ye.  Argggh....ilmu tauhid ibu pun dah makin berkarat.  Dah lama tersimpan tak berusik.  Hmmmm.... dalam dewan periksa tu lah aku menggoogle lagi.  Macam kes kerja rumah Aqil BM pasal kata nama am dengan kata nama khusus aritu.  Kata nama khusus senang la... yg kena guna huruf besar tu.  Kata nama am, nak terangkan macam mana?  Abah la yg kena bertugas.  Dah dia yg dok main game depan laptop dia tuh, suruh dia google.  Alhamdulillah, ada jugak manfaatnya internet ni.

OK.  Meh sharing:  10 nama malaikat yg wajib diimani.
1.  Jibrail: menurunkan wahyu kepada rasul
2.  Mikhail: menurunkan hujan dan rezeki kepada makhluk yg hidup
3.  Malik: menjaga pintu neraka
4.  Ridhwan:  menjaga pintu syurga
5.  Mungkar:  menyoal mereka yg sudah meninggal di dalam kubur.
6.  Nakir:  menyoal mereka yg sudah meninggal di dalam kubur.
7.  Raqib:  mencatat amalan baik di bahu kanan
8.  Atid:  mencatat amalan jahat di bahu kiri
9.  'Izrail:  mencabut nyawa
10.  Israfil: meniup sangkakala di hari kiamat.

Sumber untuk rujukan lain tentang ilmu tauhid, ilmu muamalat, jinayat, ilmu munakahat, etc . www.al-azim.com



No comments:

Post a Comment