Rahsia la sangat? Bukan ke kalau rahsia kena syhhhh dediam je? Hehehe...saja nak
share proses pembuatan bantal kekabu POLKA DOT NURSING PILLOW yg
homemade ni.
Bantal ni dibuat bila cuti je. Yelah, nama pun hobi masa lapang...walaupun tak berapa lapang sangat la sekarang ni. Masa sekarang ni bergerak teramat pantas. 24 jam sekarang tak seperti 24 jam dahulu. Itu kah petandanya yg kita semakin tua? Errr...tak kot.
|
1. Ada 3 saiz tu: JUMBO, ORIGINAL & JUNIOR |
1. Mula-mula sekali, potong kain mengikut saiz Polka Dot Nursing Pillow http://www.polkadotnursingpillow.blogspot.com/2014/01/saiz-polka-dot-nursing-pillow_16.html seperti yg dikehendaki. Pastu boleh jahit la ikut
skill yg dikutip masa belajar mula2 dalam kelas SRT (sains rumah tangga) dulu - tingkatan satu. Walaupun dulu cikgu suruh masuk kelas perdagangan, ku tolak mentah2. Tak best sebab takleh makan2 (SRT ada masak, jahit, pertukangan..meriah tu)
|
2. Bila dah siap sumbat kekabu penuh2 kena jahit tangan. |
2.Boleh mula masukkan kekabu dalam sarung pada bukaan yg ditinggalkan tidak berjahit seperti dalam gambar tu. Bermakna, bila dah siap sumbat kekabu, kena jahit tangan sendiri ye. Bahagian ni ada
adventureous sikit sebab bahagian nak dijahit tu adalah lengkungan. Fuh, kekadang ada pertumpahan darah tu...hahaha. (ala...tercucuk jarum la). Operasi sumbat kekabu biasanya dibuat di awal pagi sebab waktu tu, udara lembap, jadi kurang la kekabu tu terbang melayang.
3. Bantal kekabu mesti dijemur sekurang2nya sehari untuk menghilangkan
bau kekabu yg baru. Biasa kalau beli bantal kekabu yg dibuat secara
komersial boleh cium, ada bau yg tak berapa best tu. Sebab diorang mana
nak layan jemur2 ni. Bila
homemade, boleh la kan. Layanan istimewa.
:) Bagi bantal2 kekabu yg biasa empat segi tu (yg lurus bendul tuh) pun
sama juga. Penjagaan bantal kekabu sangat mudah. Biasakan jemur di
bawah terik mentari bila ada masa. Ini akan panjangkan hayat bantal
kekabu tu. Bantal tu akan jadi gebu semula selepas diketuk2 untuk
keluarkan partikel2 halus kekabu dan hilangkan kelembapan (yg menjadikan
bantal penyek akibat kegunaan yg sangat kerap - dah tiap2 hari tidur
guna bantal kan?) Kajian menunjukkan bantal yg diisi kekabu, jika
dijaga dengan cermat boleh bertahan sehingga 20 tahun. Cuba ingat2
balik bantal kat umah atuk ngan nenek tu, bukan ke dari zaman kita
budak2 dulu? Hah, berbaloi2 kan?
|
3. Siap jahit bantal jemur di bawah terik mentari |
|
4. Susunan bantal yg sudah dijemur |
4. Bila dah siap dijemur, takde lagi bau kekabu. Cium pun takde bau apa2. Ha, baru la best peluk cium bantal tu kemudiannya. Pastu longgok la macam ni, rasa puas kerja2 pembuatan bantal hampir selesai.
5. Sementara itu pada masa yg berbeza, sarung bantal dengan kain pilihan English Cotton di http://www.polkadotnursingpillow.blogspot.com/2014/01/fabrik-english-cotton-sarung-polka-dot.html sudah dijahit. Semua sarung berzip kecuali yg bersaiz JUNIOR. JUNIOR tak pakai zip tapi guna butang ketap. Semua sarung bantal ini sudah siap dibasuh bagi membolehkan anda terus peluk tanpa was2. :)
|
5. Sarung yg siap dibasuh |
|
Dah cantik bersarung |
Begitulah adanya proses yg terlibat. Jika berminat nak order boleh isi je borang di http://www.polkadotnursingpillow.blogspot.com/p/blog-page_4899.html
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete