Thursday 13 February 2014

Kesedihan Rasulullah SAW atas kepergian putera2nya

Terkesan dengan berita kepergian seorang bayi yg baru berusia seminggu hari ini  Sudah tertulis sebentar sahaja dia menjengah dunia.  Pasti si ibu sarat dengan kesedihan yg tak tertanggung.  Terdetik untuk berkongsi cerita kesedihan Rasulullah SAW semasa kepergian kesemua putera2nya.

Semua putera baginda beribukan Khadijah, kecuali Ibrahim.  Putera pertama ialah Qasim.  Saat Qasim baru saja belajar bertatih, Allah telah memanggilnya pulang.  Tragedi ini meninggalkan luka mendalam di hati baginda dan Khadijah.  Luka ini berulang lagi pada adik Qasim, iaitu Abdullah.  Hal ini benar2 membuat suasana dalam rumah tangga itu diselubungi kesedihan.  Suasana berkabung seolah2 tiada berpenghujung.  Sehinggalah baginda diturunkan wahyu mengangkat baginda sebagai Rasulullah dan memberikan kesibukan kepadanya dengan tugas2 kerasulan.

Putera ke3 baginda, Ibrahim lahir hasil perkahwinan baginda dengan Mariyah al Qibthiyah.  Walaupun selepas setahun setengah dan tampak sihat dan kuat usia Ibrahim, dia jua dijemput Allah.  Kesedihan terpahat di raut wajah baginda.  Air mata tumpah di pipi.  Begitu sedihnya baginda sehingga sahabat2 baginda turut hairan.  "Bahkan tuan juga, Rasulullah?"  Rasulullah SAW menjawab, "Mata boleh berlinang, tetapi hati tetap khusyuk.  Memang kami bersedih atas dirimu, Ibrahim, tetapi kami tidak mengucapkan kata2 selain yg diredai Allah."

Mariyah meratap menangisi anaknya.  "Jangan meratap,"  cegah Rasulullah.  Menoleh pada si kecil yg terbujur kaku tertutup kain, ia bersabda, "Jika saja kematian bukan suatu kepastian dan janji yg pasti diterpati bahawa setiap kita yg hidup akan menyusul mereka yg telah mendahului kita, nescaya duka kami akan jauh lebih dahsyat daripada ini, Ibrahim."

Abdurahman ibnu Auf khuatir duka akan terus mencengkam di hati baginda.  Dia berusaha menghiburkan Rasulullah SAW dan baginda tahu akan niatnya itu.  "Bukan rasa berkabung yg kularang tetapi menangis dan meraung-raung".

Akhirnya, Rasulullah SAW merelakan si buah hati ke liang kubur dengan hati yg hancur. Baginda kelihatan sedih dan sangat terasa.  Diratakannya tanah di atas kubur, lalu dipercikkannya air, dan diberikannya tanda.  "Tanda memang tidak mendatangkan manfaat atau mudarat, tetapi cukup menghiburkan orang yg masih hidup.  Jika seorang hamba melakukan seuatu amalan, Allah senang kalau ia menyempurnakannya."

Adakalanya apa yg dikehendaki Allah ternyata bertentangan dengan apa yg kita impikan.  Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya.

sumber: Bilik2 Cinta Muhammad oleh Dr Nizar Abazhan.
p/s: akan saya kongsikan di coretan akan datang kupasan kehidupan harian Baginda SAW.

No comments:

Post a Comment