Tuesday 18 February 2014

Membacakan azan di telinga kanan bayi & iqamah di telinga kirinya

Imam Al-Baihaqi dalam kitab as-Syu'ah meriwayatkan hadis daripada Hasan bin Ali daripada Nabi S.A.W. yg bersabda:
"Barangsiapa yg dikurniakan kelahiran seorang anak kemudian dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan mengumandangkan iqamah di telinga kirinya, maka anak itu terselamat daripada gangguan syaitan."

Rahsia & hikmahnya:
1. Azan merupakan bahagian dari syiar2 Islam.
2. Pemberitahuan tentang agama nabi Muhammad SAW.
3. Mengkhususkan azan pada telinga bayi yg dilahirkan.
4. Di antara manfaat azan ialah membuat syaitan lari.  Syaitan berusaha menyakiti bayi sejak awal kelahirannya.  bahkan di dalam hadis disebutkan bahawa dia mungkin mati kerananya.
    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah anak Adam dilahirkan melainkan syaitan akan menusuk lambungnya ketika dia dilahirkan sehingga dia menangis dengan keras akibat gangguan tersebut, kecuali Maryam dan anak lelakinya."
    Selanjutnya Abu Hurairah r.a. berkata:"Jika kamu mahu, bacalah ayat 36 Ali Imran, yg bermaksud "Aku mohon perlindungan untuknya serta anak2 keturunannya kepadaMu daripada syaitan yg terkutuk."
5. Ibnu Qayyum: Supaya suara yg pertama didengar oleh bayi ialah kalimat2 kebesaran dan keagungan Allah SWT.  Ucapan tersebut pula merupakan syahadat pertama yg memasukkannya ke dalam Islam.  Ia sama seperti talqin baginya berkenaan syiar Islam ketika pertama kali memasuki alam dunia, sebagaimana dia ditalqin dengan tauhid ketika hendak keluar dari alam dunia ini.

Anak yg dilahirkan itu, samada lelaki atau perempuan, adalah sama sahaja.  Dia merupakan anugerah dan pemberian dari Allah SWT dan nikmatNya kepada hamba2Nya.

Thabrani meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas, bahawa Nabi SAW bersabda: "Jika lahir seorang anak perempuan, maka Allah SWT mengutus seorang malaikat kepadanya untuk membawakan berkat kepadanya kemudian berkata: "Seorang anak perempuan yg lemah telah keluar dari seorang ibu yg lemah pula.  Org yg mahu melindunginya akan mendapatkan pertolongan hingga hari kiamat."

Jika lahir seorang anak lelaki, maka Allah SWT juga mengutus seorang malaikat dari langit.  Dia kemudian mengecup di antara kedua matanya dan berkata: "Allah SWT menitipkan salam untukmu."

Sumber: Cara Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah oleh Muhammad Nur Abdul Hafiz Suwaid

No comments:

Post a Comment