Saturday 28 June 2014

Rezeki ditentukanNya

Ada beberapa kali aku pernah terlintas untuk membeli sesuatu yg terlihat di pasar/kedai tapi tidak meneruskan niat di hati dan sekadar meneruskan perjalanan.  Tapi bila balik ke rumah, tup-tup barang yg sama sudah pun dibeli bapak ataupun mak.  Kebetulankah itu?  Tiada yg kebetulan.  Semuanya telah tertulis.  Seperti bayi yg berusia 4 bulan dan masih dalam kandungan, telahpun tertulis rezekinya, baik buruknya, susah senangnya.  Pun begitu, kita masih diberikan peluang untuk mengubah segala sesuatu kecuali ketentuan ajal.  Berdoa dan berusahalah.

Ada ketikanya bertemu rakan-rakan setelah sekian lama tak bertemu.  Soalan biasa yg diajukan: "Berapa ramai dah anak?"  Dan kemudian disusuli pula komen yg memang biasa sangat didengar: "Hah? Itu pun tak cukup lagi ke?"  Aku rasa aku mengerti apa yg menjadi kegusaran di hati mereka.  Mampukah?  Allah sahaja yg lebih mengerti dan lebih mengetahui.

Kisah 1:
Imam Zahid Azaahi menceritakan bahawa dia ingin menguji dirinya bagaimana dia mendapat rezeki dengan masuk ke dalam gua yg tiada makanan.

Tiba-tiba segerombolan pedagang tersesat jalan dan apabila hujan turun, mereka berteduh di dalam gua.  Seorang daripada mereka bertanya: "Siapa engkau hai hamba Allah?"  Soalan itu tak dijawab.  Rakannya tanya lagi: "Mungkin dia lapar."  Mereka kemudian membuka makanna, susu dan manisan tetapi lelaki itu enggan mengambilnya.

2 drpd pedagang itu membuka mulutnya untuk memasukkan sepotong roti dgn menggunakan pisau setelah mendapati giginya seperti tidak boleh dibuka lagi.

Akhirnya Imam Zahid ketawa sambil berkata:  "Sebenarnya aku hanya ingin mencuba bagaimana Allah memberi rezeki kepada hambaNya di mana sahaja berada dan bagaimanapun keadaannya."

Kisah ke2:
Kisah berkisar tentang Ibrahim Adhan yg penat setelah berburu dan duduk sambil memotong roti yg dibawanya.  Tiba2 hinggap seekor burung sebesar burung gagak yg didepannya mematuk potong roti dan membawanya terbang.  Ibrahim bersa hairan dengan kejadian itu dan serta merta mengikuti burung itu hingga ke sebuah lereng gunung.

Ibrahim melihat seorang lelaki dalam keadaan terikat kaki dan tangan.  Setelah ikatan itu dilepaskan, dia menceritakan kejadian yg menimpanya.

"Saya adalah pedagang yg dirompak oleh sekumpulan penyamun dan diikat selama tujuh hari, maka burung itu datang kepada saya membawa roti setiap hari.  Dengan demikian tahulah saya bahawa Allah SWT tidak akan meninggalkan hambaNya kelaparan."  katanya.

Setelah kejadian itu, Ibrahim terus bertaubat dan menyerahkan segala hak miliknya kepada Allah dan menuju ke Makkah tanpa membawa bekal sedikit pun, tetapi dia tidak berasa lapar dalam perjalanan hingga masuk ke kota Makkah dan bersyukur kepada Allah SWT.

Rezeki itu bukannya terletak pada wang ringgit sahaja.  Pohonlah keberkatan, itu yg lebih utama.  Amalkan ayat seribu dinar.

Z

No comments:

Post a Comment