Wednesday 29 January 2014

10 Tips kegunaan CUKA dalam rumah

Beli yg murah je, byk pilihan
1.   Sinki sumbat: Masukkan ½ cawan baking soda terlebih dahulu diikuti 1 cawan cuka.  Biarkan seketika (5 minit) sebelum dibilas dengan air panas.
     2.   Getah pada tape yg melekat pada permukaan dinding: Semburkan sedikit cuka, biarkan seketika dan lap bersih.
   3. Bau busuk pada tong sampah: Letakkan cuka pada roti dan dibiarkan semalaman dalam tong sampah.
    4.   Pembersih pelbagai fungsi di dapur & bilik air: Campurkan air pada 1/3 botol yang diisi cuka serta sedikit pencuci pinggan mangkuk untuk sebarang tujuan pembersihan.
5.    Perangkap lalat: Letakkan Apple Cider Vinegar (sejenis cuka masak) dalam bekas yg ditutup dengan plastic dan dilubangkan untuk memerangkap lalat masuk. 
Apple Cider Vinegar: Banyak jenama ada

6.    Baju yg berkedut2: 1 bahagian cuka & 3 bahagian air untuk disembur pada baju tersebut.
7.   Kucing yg suka cakar sofa, tempat duduk motor, beg dan sebagainya: Semburkan campuran cuka pada tempat berkenaan.
8.    Bunga segar tahan lebih lama: Masukkan sedikit Apple Cider Vinegar dalam air di pasu.
9.    Bersihkan cermin mata: Semburan campuran air & cuka putih pada cermin mata untuk dilap.
10. Kuali dengan kotoran degil: Panaskan kuali tersebut dengan 1 atau 2 cawan cuka putih.  Didihkan selama 5 minit.

No comments:

Post a Comment