Thursday 23 January 2014

Bagaimana warna memberikan kesan kepada si kecil


Kajian saintifik mendapati pendedahan kepada warna2 tertentu boleh memperbaiki tabiat tidur, meningkatkan kuasa memori malah meningkatkan pencapaian akademik - faedah yg cukup bagus bagi minda dan tubuh yg sedang berkembang kan?

MERAH dikatakan menambah rasa teruja dan menambah tenaga pada badan, menaikkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan pernafasan.  Kononnya menambahkan kebolehan atlit.  Ada juga dikatakan menyebabkan kita lebih agresif, tak boleh fokus dan kekadang pening.  Ada jugak yg kata pendedahan warna merah boleh menyebabkan prestasi akademik anak terjejas.  Iye?

BIRU pulak terbalik.  Biru menenangkan minda dan tubuh.  Menurunkan tekanan darah, degupan jantung menjadi lebih perlahan, pernafasan pun.  Jadi mungkin kanak2 yg asyik meragam atau susah nak tidur boleh lah diletakkan dalam bilik yg dicat warna biru.  Lebih tenang.  

Tapi biasanya kajian2 ni membuat kesimpulan berdasarkan segelintir sampel, dan kemudian disesuaikan kepada semua (generalization).  Kita kena ingat respon/tindakbalas psikologi sangat unik dan personal.  Pilihan warna kesukaan kita bergantung pada kita kan?  Mungkin si kecil kita suka merah, tak payah la risau sangat dengan dapatan (findings) kajian ni semua.   Jangan lupa, setiap individu itu berbeza.

Adam & bekas alas air


Terasa nak bagi kelainan pada aktiviti hujung minggu, dan cuba tengok macammana budak2 ni respon pada aktiviti baru - mewarna pakai water colour pulak. 
Aqil & papan telur








Aqil nampak lebih tekun, buat sampai habis depan dan belakang.
Aqil tolong Adam siapkan projek Adam

Inilah hasilnya


 

3 comments: