Tuesday 28 January 2014

Tupperwareku & 6 sebab untuk minum air

Sila fokus kat botol air besar tu je
Semalam berjaya tukar botol air yg multicolour tu (badan itam, tutup turqoise, pemegang ijo) sebab dah buruk sangat.  Baguskan polisi Tupperware, boleh tukar bila rosak (disebabkan pemakaian yg kerap je ye, bukan sebab kena makan tikus).  Jadi, memang berbaloi2 beli barangan Tupperware sebab jaminan seumur hidup.  Cari je mana2 stokis yg berdekatan dengan kita, bawak je terus barang dan mintak tukar.  Body botol air tu elok lagi, jadi takde la ditukar.  Walaupun nampak cam colourful sangat, tapi nasib baik diorg ada parts yg diperlukan tu.  Satu sen pun takyah kuar.  Tak payah risau nak bawak resit masa kita beli zaman tok kaduk dulu ye.  Best gitu.  

Sila abaikan 2 buah limau tu, dan meja yg semak tu.  Banyak keje, tak boleh nak kemas sebab semua benda pun nak pakai...bersepahlah semuanya.

Ok, isu yg nak dikongsikan kat sini ada manfaat minum air. Kenapa kena minum air banyak2?
1.  Menyeimbangkan cecair dalam badan.  60% tubuh badan kita adalah air yg membantu fungsi penghadaman, penyerapan, pembentukan air liur, pengangkutan nutrien & mengekalkan suhu badan. 

2. Bantu kawal kalori sebagai strategi mengurangkan berat badan.  Logiknya bila makanan dengan kandungan air yg tinggi nampak lebih besar, perlukan lebih usaha untuk mengunyahnya, dan diserab secara lebih perlahan oleh tubuh, yg menyebabkan kita rasa kenyang.  Makanan yg kaya dgn air adalah buah2an, sayur2an, sup, oatmeal & kekacang.

3. Air membantu memberi tenaga pada otot.  Kalau tak otot jadi lemah.  Lagi2 kalau kita sedang bersenam.  Minum air 2 jam sebelum bersenam.

4. Kulit lebih menyerlah.  Kulit yg kering dan berkedut boleh diperbaiki dengan pengambilan air yg berpatutan.  (Jgn pulak minum air bergelen2 dgn harapan semua kedut tu hilang.)

5. Bantu buah pinggang berfungsi lebih baik terutamanya untuk menghantar bahan buangan keluar daripada sel2 badan.  Senang nak tau cukup air ke tak.  Tengok urin (air kencing) tu kalau tak kuning sangat dan kurang berbau, kira ok la tu.  Kalau sebaliknya...faham2 la ye.  Jangan sampai kurang sangat minum air, boleh menyebabkan batu karang.

6. Membantu fungsi pembuangan najis & elak sembelit.





Tips bantu minum air secukupnya?
  • Sentiasa bawak botol air dalam beg, kereta & letak kat meja.
  • Banyakkan makan buah2an, sayur2an & makanan yg berkuah.

No comments:

Post a Comment