Tuesday 14 January 2014

Homemade NURSING PILLOW

Homemade Nursing Pillow:



Sepasang ORIGINAL & JUNIOR Polkadot Nursing Pillow
Polkadot Nursing Pillow dengan sarung berzip mudah dibasuh.
Kenapa POLKA DOT NURSING PILLOW?  Selama ini kita biasa minta bantal untuk diletakkan di peha bila hendak menyusukan si kecil kan? Puas la berlari sibuk mencapai bantal bila diperlukan.  Tapi bila ada bantal yg memang khas untuk tujuan itu, tak la perlu lagi bantal biasa tu.  Tak la kesah sangat bila letak nursing pillow tu di sofa kita yg cantik tu...sebab memang bantal tu ada 'daulat' kan.  Tak la cacat rumah bila tiba2 ada bantal sebiji kat living room tu.  Tak la pelik orang tengok sebab org tau, bantal itu memang selayaknya ada di mana2 sahaja bagi yg ada si kecil.  Kira tidaklah mencacatkan pemandangan kan?  Tak la sibuk lagi nak sembunyikan bantal 'biasa' yg dulu2 kita guna tu bila org datang.  Boleh rileks je bila org kata nak datang.  Sila-sila... alu-alukan la tetamu tu.

POLKA DOT NURSING PILLOW ni ada banyak saiz? Adalah sejarahnya kenapa ada banyak saiz tu kan? 
Dari kiri: JUNIOR, ORIGINAL, LOOSE, JUMBO

Saiz ORIGINAL: Lebar 24 inci bersamaan 61 cm.


Mula2, yg PALING SESUAI untuk menyusukan si kecil adalah ORIGINAL (macam KFC pulak).  Semua mama dan papa boleh pakai, kira macam kita panggil baju FREE SAIZ la tu.  Jgn risau, mesti boleh masuk pinggang anda, walaupun tak seramping kerengga.  Terletak elok je.  Err? Kena letak kat pinggang ke?
Demo 1 guna nursing pillow.  (googled picture)
Iye, macam ni la gayanya. Memang selesa.  Duduk kat bersimpuh gaya sopan macam gini pun tak lenguh.
JUMBO: Lebar 27 inci bersamaan 69 cm.

Asal usul JUMBO? Ada org kata org tamak selalu rugi.  Err...mungkin ye mungkin tak.  Bergantung pada situasi la kan.  Bila dah siap ORIGINAL POLKA DOT NURSING PILLOW memula dulu, rasa seronoknya sebab tak payah la bayar sampai RM80 (tu pun tunggu diskaun sebab harga asalnya RM99) untuk nursing pillow kat kedai baby tu.  Dah la sakit hati sebab yg kat kedai tu tak boleh basuh (mana ada sarung), pastu bukan kekabu pulak tu...berapa lama sangat la boleh tahan.  Kita kalau boleh nak harta kita tu boleh dipusakakan kan? Hehehe... Berpandangan jauh.
Bagi besar gambar ni, baru nampak tag harga RM99.90 tu kan? Harga runcit

Made in China

Sama je harganya RM99.90.  Tunggu diskaun je la.
Berbalik pada asal usul JUMBO, bila tengok ORIGINAL yg dah siap tu...mula la rasa tamak.  Apsal macam kecik je? Macam tak cukup besar je.. Itu la yg cuba dibuat saiz yg lebih gemuk sebab tamak nak yg lebih gebu.  Bila dah siap JUMBO.  Fuyyyoooo...memang best, besar! Tapi, macam org kata la...org tamak selalu rugi kan... sebab bila try guna POLKA DOT NURSING PILLOW JUMBO tu kat kereta (nak jalan2 senang bila bawak baby)...tup tup...errr...macam besar sangat pulak nursing pillow tu.  Hehehe... melainkanlah si kecil itu halus mulus je, haaa...kalau halus mulus je memang sesuai.  Tapi kalau yg sedang2 aje, tak payah tamak, guna ORGINAL je sudah.

Abih tu? Rugi la sebab tak guna JUMBO tu untuk menyusukan si kecil molek itu?  Tak jugak.  Sebab, ada kegunaan lain yg lebih SESUAI untuk si JUMBO.
Guna utk baring2 bila tengok TV.
Fuhhh...memang best sebab JUMBO ni gemuk, tak payah la nak lipat dua bantal empat segi (biasa buat kan?) sebab bantal biasa tu selalunya cepat penyek (terutamanya yg isinya fiber atau kapas/cotton).

Abih? Isi bantal POLKA DOT NURSING PILLOW apa?
Kekabu ye.  Best kekabu.  Sebab tak panas, tahan hampir 20 tahun (kata nak buat pusaka) kalau pandai jaga la.  Pantang bantal kekabu ialah AIR.  Hehehe...kalau air liur? Hmmm....
Maintenance untuk semua bantal kekabu senang je.  Hayatnya akan lebih lama kalau kita rajin jemur di bawah terik mentari.  Tepuk2 sikit, supaya habuk2 (partikel kekabu yg kecil) akan keluar dan kekabu yg mampat (dah asyik kena lanyak je) akan kembali asal (kembang, gebu dan ringan). 

Sambung balik cerita MULTI SAIZ POLKA DOT NURSING PILLOW ni.  ORIGINAL dah.  JUMBO dah.  Sekarang JUNIOR pulak.
JUNIOR: Lebar 15 inci bersamaan 38 cm.

Arakian, ada pelanggan tetap POLKA DOT NURSING PILLOW yg mintak agar POLKA DOT NURSING PILLOW di'shrink' jadi kecik supaya boleh letak di kepala anak keciknya masa tidur, lagi2 kalau tidur kat kereta.  Kejap2 kang lentuk kanan, pastu lentuk kiri.  Kita tengok pun kesian kan? Bila letak JUNIOR, jeng jeng... bertukar la fungsi nursing pillow ni jadik NECK PILLOW.

CANDID: memang dah lena tido.
Senang kan?
JUNIOR ni pun ada sarung yg senang dibuka utk dibasuh untuk mengekalkan kesegarannya.  Kalau nak beli sarung extra, lagi bagus...senang nak tukar.  Suka2, pilih je fabrik mana yg berkenan bila nak order nanti.  Nanti tengok kat post PILIHAN FABRIK untuk sarung ye.

JUNIOR jadi aksesori kereta bila tak digunakan.
OK. Saiz yg terakhir adalah LOOSE.  Kita ni kan dijadikan unik.  bukan semua org boleh pakai baju free saiz kan?  Sama la jugak dengan POLKA DOT NURSING PILLOW.  Dibuat khas untuk mereka yg plus size.
Utk plus size mommies LOOSE: Lebar 29 inci bersamaan 74 cm.
 Fungsi sama dengan ORIGINAL tapi bukaan pinggang lebih luas untuk keselesaan mama dan papa (papa pun boleh tolong susukan si kecil ye).  Barulah erat ikatan kasih sayang tu bila papa tolong mama kan?
Demo papa mithali









Berminat dengan Nursing Pillow?
Melegakan sakit belakang mama - kegunaan bagi bakal ibu.
Apa lagi KEGUNAAN Polka Dot Nursing Pillow
Nak tengok TESTIMONI pengguna Polka Dot Nursing Pillow
Untuk HARGA dan pilihan SAIZ sila klik di sini.  
Untuk pilihan SARUNGnya, sila klik di Fabrik terbaru English Cotton.
Untuk ORDER, HUBUNGI KAMI.


3 comments:

  1. Camna nak oder n check price?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tgk prize pada entri/post saiz polka dot nursing pillow. Boleh order dgn isi borang kat 'hubungi kami'

      Delete
    2. Info tentang harga http://polkadotnursingpillow.blogspot.com/2014/01/saiz-polka-dot-nursing-pillow_16.html

      Delete