Friday 24 January 2014

DIY Projek DRAGON BALL & mandi pagi

Hujung minggu je liat nak mandi walaupun dah bangun sebelum subuh (dah biasa bila hari2 sekolah kan).  Jadi, tipsnya mudah.  Kenalpasti je apa yg budak2 tu suka buat.  Jadikan 'minat' diorang tu sebagai ganjaran mandi awal (kan senang boleh basuh baju cepat, kering cepat, lipat cepat...kalau sempat lipat la). 

Projek DRAGON BALL?  Hehehe...macam gah aje projeknya.  Projek buat sarapan sendiri sebenarnya.  Dragon ball tu?  Cekodok.  Nape namanya gitu?  Errr...itu nama yg diletakkan oleh chef yg cipta resepi tuh.  Cik Oya bebudak tuh.

Dragon ball yg dah siap dan dah pun digigit tu
Bahan2nya mudah je...macam cekodok biasa. 
Tepung gandum, garam/gula.


Sukatan?  Ikut keperluan la ye.  Campak je ikut rasa.  Kalau nak yg manis letak gula.  Kalau tak lebihkan garam je.  Dah gaul rata baru letak air panas.
Ini rupanya bila letak air panas. 





 
Nampak jari jemari tu?  Itulah jari budak yg tak sabar2 nak start projek Dragon Ball dia tu.  Jangan diikutkan sangat, kena bagi sejuk sikit sebab kita guna air panas tadi kan?  Haaa...belajar sikit untuk katakan TIDAK pada bebudak ni.  Barulah diorg mengerti bukan semua kemahuan diorg tu pasti mak bapak diorg penuhi.  Pandailah dia menghargai sesuatu bila dah dapat.
Aktiviti gotong royong bermula.  Semua AJK terlibat.



Dah boleh dibentukkan bulat bulat cam bola.  Ikut la besar kecik diorg kan.  Tengok si kecik sekali tu pun nak join.  Dia pun sama golek2kan tangan dia macam abang buat walaupun tader tepung kat tangan.  Praktis la tu.. Sementara diorg buat, dah boleh panaskan minyak sebab aktiviti gotong royong ni sekejap je siap.  Pastu goreng.  Takyah lama2 sebab adunan tu dah separuh masak.


Maka, objektif projek telah tercapai.  Semua org dah pun mandi, sama2 tolong menolong kat dapur, dan yg kelasnya.... apa org kata...refining kids motor skill (hahaha...cakap omputih tuh).

No comments:

Post a Comment